RM300 One-Off Agihan Khas Zakat LZNK Asnaf Care Covid-19 Dilanjutkan. Semak Cara Permohonannya Disini

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan Skim Agihan Khas Zakat kepada golongan asnaf yang terjejas pendapatan disepanjang fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Jumlah bayaran secara one-off yang akan diterima oleh pemohon adalah sebanyak RM300 sekiranya layak.
Semak tarikh dan syarat permohonan Skim Agihan Khas Zakat Asnaf Care Covid-19 LZNK melalui perkongsian ini.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit
TUJUAN SKIM AGIHAN KHAS ZAKAT ASNAF CARE COVID-19 LZNK
Isi Kandungan
Menurut Lembaga Zakat Negeri Kedah, Skim Agihan Khas Zakat Asnaf Care Covid-19 LZNK ini adalah bertujuan:
- Meringankan beban asnaf yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
TARIKH PERMOHONAN SKIM AGIHAN KHAS ZAKAT ASNAF CARE COVID-19 LZNK
Asnaf yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh membuat permohonan mulai:
- 18 Julai 2021 hingga 21 Ogos 2021
GOLONGAN SASARAN
Golongan sasaran yang akan menerima Skim Agihan Khas Zakat Asnaf Care Covid-19 LZNK adalah:
- 40 ribu keluarga asnaf yang terjejas pendapatan.
JUMLAH ZAKAT YANG AKAN DITERIMA
Jumlah zakat yang akan diterima oleh golongan asnaf yang terjejas pendapatan sepanjang PPN adalah seperti berikut:
- RM300 secara one-off atas ketua keluarga
SYARAT PERMOHONAN
Apakah syarat permohonan Skim Agihan Khas Zakat Asnaf Care Covid-19 LZNK? Semak dahulu syarat kelayakan sebelum buat permohonan:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun
- Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM2,000.00 sebulan (Gaji Kasar)
- Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan
- Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah
CARA MOHON SKIM AGIHAN KHAS ZAKAT ASNAF CARE COVID-19 LZNK
Permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:
- Klik pada Pemohon Baru sekiranya anda belum pernah mendaftar.
- Klik Log Masuk setelah siap membuat pendaftaran dengan memasukkan nombor kad pengenalan/pasport dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
- Isikan maklumat dengan betul dan lengkap.
- Untuk penerangan lebih lanjut untuk permohonan, sila klik PANDUAN PENGGUNA disini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai Skim Agihan Khas Zakat Asnaf Care Covid-19 LZNK, sila ajukan kepada Ibu Pejabat dan Pejabat Zakat Daerah Lembaga Zakat Negeri Kedah seperti berikut:
-
Ibu Pejabat : 019-4181740
-
Baling : 04-470 2428 / 013-4529155
-
Bandar Baharu : 04-407 9670 / 019-4738255
-
Kota Setar : 04-731 8005 / 019-5739155
-
Kubang Pasu : 04-917 1561 / 019-4967255
-
Kuala Muda : 04-441 1881 / 019-4122155
-
Kulim : 04-490 0873 / 019-5732155
-
Langkawi : 04-966 0179 / 019-4753155
-
Padang Terap : 04-786 6239 / 019-5172155
-
Pendang : 04-759 4515 / 019- 4123155
-
Pokok Sena : 04-782 1513 / 019-518 6155
-
Sik : 04-469 5895 / 019-4104255
-
Yan : 04-468 3482/ 019-4804155
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.