Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Aspirasi Capital For Boost Secara Online 3 Minit Sahaja! Pembiayaan Sehingga RM20,000.

2,188

Boost, syarikat e-dompet terkenal telah menawarkan satu kemudahan pembiayaaan kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) iaitu Aspirasi Capital For Boost.

Pembiayaan ini boleh digunakan sebagai modal kerja bagi menanggung kos jualan pada bulan Ramadan tahun ini.

Jika anda berminat, sila dapatkan cara memohon pembiayaan Aspirasi Capital For Boost seperti yang dikongsikan disini.

INFO RINGKAS PEMBIAYAAN ASPIRASI CAPITAL FOR BOOST

Kemudahan pembiayaan itu juga selari dengan usaha kerajaan baru-baru ini bagi merangsangkan semula perniagaan tempatan susulan pembukaan semula ekonomi negara.

Sokongan pembiayaan ini dapat membantu meringankan persediaan Ramadan peniaga seperti kos sewaan tapak bazar dan kos bahan masakan.

Kemudahan pembiayaan ini juga boleh membolehkan PMKS mendigitalkan perniagaan mereka dengan kaedah pembayaran tanpa kontak, selain dapat meningkatkan aktiviti pemasaran melalui media sosial.

JUMLAH PEMBIAYAAN ASPIRASI CAPITAL FOR BOOST

Jumlah bayaran bagi pembiayaan Aspirasi Capital For Boost ialah:

  • RM1,000 hingga RM20,000 

Baca juga: Cara Mohon Bantuan MyKasih Kapital Modal Perniagaan Untuk Wanita Sebanyak RM1,000

TEMPOH PEMBIAYAAN ASPIRASI CAPITAL FOR BOOST

Tempoh pembiayaan yang ditawarkan pula adalah seperti berikut:

  • 18 bulan tanpa faedah dan tanpa pembayaran ansuran untuk 6 bulan pertama.

Apabila pembayaran ansuran bermula pada bulan ke-7 dan seterusnya, PMKS boleh menikmati kadar faedah serendah 0.5 peratus sebulan.

PROSES PEMBIAYAAN ASPIRASI CAPITAL FOR BOOST

  • Proses permohonan adalah secara online selama 3 minit
  • Jika layak, pemohon akan menerima kelulusan dalam tempoh yang singkat.
  • Pembiayaan akan disalurkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 48 jam.

SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASPIRASI CAPITAL FOR BOOST

Syarat permohonan pembiayaan Aspirasi Capital For Boost ialah:

  • Pemohon berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Perniagaan yang patuh Syariah.
  • Pemohon hanya boleh memohon satu (1) kemudahan Aspirasi Capital pada satu masa dan sepanjang tempoh pembayarannya.

CARA MEMOHON PEMBIAYAAN ASPIRASI CAPITAL FOR BOOST

Untuk memohon,

Cara Mohon Aspirasi Capital For Boost Secara Online 3 Minit Sahaja! Pembiayaan Sehingga RM20,000.

  • Klik APPLY NOW.
  • Seterusnya ambil swafoto bersama kad pengenalan anda dengan menggunkan telefon bimbit anda.
  • Masukkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan, kategori perniagaan seperti yang didaftarkan di SSM.
  • Teruskan permohonan anda dan klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
Nota: Anda disarankan untuk membuat permohonan dengan menggunakan telefon bimbit anda untuk memudahkan swafoto seperti yang diperlukan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Aspirasi Capital For Boost, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...