Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan MyKasih Kapital Modal Perniagaan Untuk Wanita Sebanyak RM1,000

27,895

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan modal perniagaan kepada kaum wanita sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 yang lalu.

Rujuk: RM1,000 Maksimum Bantuan Modal Menerusi MyKasih Kapital

Bantuan modal perniagaan tersebut ialah, Program Bantuan MyKasih Kapital dan ianya telah dibuka untuk permohonan seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Bagi anda yang ingin memohon, sila dapatkan cara membuat permohonan Program Bantuan MyKasih Kapital mulai sekarang kerana ianya terhad kepada 2,000 permohonan sahaja.

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

Tarikh permohonan dibuka adalah pada:

  • 10 April 2021

GOLONGAN SASARAN MYKASIH KAPITAL

Antara golongan sasaran yang akan menerima bantuan moadal RM1,000 MyKasih Kapital ialah:

  • Kaum wanita untuk memulakan perniagaan secara dropship atau e-dagang

JUMLAH BANTUAN MYKASIH KAPITAL

Jumlah bantuan yang akan diperolehi kepada mereka yang layak adalah sebanyak:

  • RM1,000 maksimum

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM BANTUAN MYKASIH KAPITAL

Syarat kelayakan Bantuan Program Bantuan MyKasih Kapital ialah:

  • Golongan wanita sahaja
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  • Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  • Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  • Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

CARA MOHON PROGRAM BANTUAN MYKASIH KAPITAL

Untuk membuat permohonan, anda perlu mengisi borang secara online di pautan berikut:

Cara Mohon Bantuan MyKasih Kapital Modal Perniagaan Untuk Wanita Sebanyak RM1,000

  • Klik NEXT seterusnya isikan maklumat yang diminta dan klik NEXT semula.

Cara Mohon Bantuan MyKasih Kapital Modal Perniagaan Untuk Wanita Sebanyak RM1,000

  • Isikan maklumat perniagaan anda dan klik SUBMIT untuk menghantar permohonan.
  • Sekiranya permohonan anda berjaya, pegawai yang bertugas akan menghubungi anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi:

  • Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital
    Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
    Aras 8, Bangunan KPWKM,
    No.55, Persiaran Perdana,
    Presint 4, 61200 Putrajaya
  • Telefon :  03-8323 2433
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...