Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Background Gambar Pasport Warna Apa Boleh Dihantar Ke MySPP Untuk Pohon Guru DG41 One-Off?

23,652

Masalah guru di sektor pendidikan seluruh Malaysia sangat meruncing sehingga Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan pengambilan serami 18,702 Guru DG41 secara one-off.

Permohonan Guru DG41 secara one-off telah dibuka mulai 7 Julai 2021 dengan tawaran pelbagai opsyen dan keutamaan kepada graduan lepasan ijazah pendidikan.

Rujuk: Terkini! Ini Cara Mohon Guru DG41 One-Off Serta Semak Syarat Kelayakan Disini. Layak? Mohon Segera Melalui SPP!

Bagi anda yang ingin tahu background gambar ukuran pasport yang boleh dihantar untuk permohonan Guru DG41 One-Off boleh semak jawapannya disini.

PERBEZAAN BACKGROUND GAMBAR PASPORT

Terdapat 2 jenis warna background gambar pasport yang terdapat di Malaysia iaitu putih dan biru.

Bagi anda yang belum tahu, perbezaan background gambar pasport adalah seperti berikut:

  • Biru: MySPP/untuk mohon visa/ikut negara yang dituju
  • Putih: Resume/perkara official

WARNA BACKGROUND GAMBAR PASPORT GURU DG41 ONE-OFF

Bagi menjawab persoalan calon yang memohon jawatan Guru DG41, inilah jawapan untuk anda:

  • Anda boleh menggunakan gambar passport background warna apa-apa sahaja.(Putih atau biru)
  • Pastikan gambar anda jelas
  • Gambar wajah anda yang terkini
Namun, calon digalakkan untuk menggunakan gambar ukuran pasport background biru sepertimana yang telah ditetapkan oleh MySPP.
Nota: Gambar pasport warna background biru pun tidak menjadi menjadi masalah jika anda sudah menghantar permohonan.

BLAZER & NAMETAG

Gambar pasport anda juga tidak perlu memakai nametag atau blazer tetapi pastikan pakaian yang anda pakai adalah pakaian yang formal.

Background Gambar Pasport Warna Apa Boleh Dihantar Ke MySPP Untuk Pohon Guru DG41 One-Off?

Jadi, anda tidak perlu susah hati lagi untuk memikirkan tentang warna background gambar pasport untuk dihantar ke emel MySPP lagi.

DAH HANTAR PERMOHONAN DENGAN BACKGROUND PUTIH?

Menurut Ifa Safirah Abd Rahim melalui Facebooknya, ia tidak menjadi masalah sekiranya anda telah menghantar permohonan Guru DG41 One-Off melalui emel MySPP dengan gambar pasport berlatar belakangkan warna putih atau biru.

Mengapa?

Ini kerana tiada ketetapan khas warna background bagi gambar ukuran pasport untuk permohonan Guru DG41 One-Off sama ada putih atau biru. Tetapi anda digalakkan untuk menggunakan gambar berlatarbelakangkan warna biru seperti yang dinyatakan oleh MySPP.

 

Background Gambar Pasport Warna Apa Boleh Dihantar Ke MySPP Untuk Pohon Guru DG41 One-Off?

Baca juga: Guru DG41 One-Off, Bila Tarikh Akhir Serah Dokumen Yang Diperlukan Melalui Emel? Semak Jawapan Disini

18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

Sumber

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Guru DG41 One-Off, sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...