Bagaimana Nak Mohon Bantuan Prihatin Nasional Jika Dulu Pernah Dapat BRIM Tetapi Tak Terima BSH & Tiada Rekod Dengan LHDN?

Pengenalan

Pada 27 Mac 2020 lalu YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang bernilai sebanyak RM250 billion untuk menyuntik kembali ekonomi Malaysia dan tiada rakyat yang terkecuali untuk mendapat bantuan ini.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibayar secara one off ke akaun penerima mengikut pendaftaran semasa permohonan.

Bagi yang pernah mendaftar dengan BSH, anda boleh membuat semakan dan bagi yang tidak pernah memohon BSH perlu membuat permohonan baru bermula 1 April 2020 ini.

Rujuk gambar di bawah untuk  merujuk kriteria kelayakan untuk memohon BPN.

BPN

Bagaimana pula nak mohon BPN jika dulu pernah dapat BRIM tetapi tak terima BSH & tiada rekod dengan LHDN?

anak makcik kiah

Jadi,anda tidak perlu risau.

Anda hanya perlu mengikut langkah seperti di atas iaitu:

  1. Masuk laman web bsh.hasil.gov.my
  2. Klik log masuk dan masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Tunggu sehingga keluar notis ID pengenalan belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
  4. Tunggu sehingga 1 April 2020 untuk pendaftaran baru.

Perlu membuat permohonan baru?

Ya, bagi anda yang tidak pernah mendaftar atau mendapat notis bahawa kad pengenalan belum didaftar,anda perlu membuat permohonan baru.

Cara semakan dan persoalan

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan dan semakan mengenai permohonan BPN, anda boleh terus ke portal rasmi berikut:

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.