PPZ-MAIWP Beri Bantuan Khas Musaadah Khaira Sebanyak RM300 Tanpa Mengira Kaum. Ini Cara Memohon.

Objektif PPZ-MAIWP

Bersesuaian dengan slogan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan iaitu “Membantu meringankan beban kewangan anda” telah melancarkan satu inisiatif bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 dan bantuan tersebut adalah Bantuan Khas Musaadah Khaira.

Antara objektif tersebut ialah:

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
  • Menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.

PPZ-MAIWP

Syarat Permohonan Bantuan Musaadah Khaira

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  2. Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  3. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
  4. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari : musaadahkhaira.zakat.com.my

PPZ1

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Mohon Bantuan Musaadah Khaira

  1. Bukti Pengenalan Diri

    Salinan Kad Pengenalan atau Polis/Tentera Pemohon. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan, mohon lengkapkan butiran tanggungan.

  2. Bukti Pendapatan

    Bagi yang bekerja – slip pendapatan / pengesahan pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.

  3. Bukti Perniagaan

    Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.

  4. Akaun Bank

    Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Bagaimanakah Cara Untuk Memohon?

Pemohon perlu memohon dalam talian dengan mengisi borang permohonan di sini, pada bila-bila masa.

Anda hanya perlu mengikut 6 langkah permohonan berikut:

PPZ2

PPZ3

PPZ4

PPZ5

PPZ6

PPZ7

PPZ8

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan?

  • Warganegara Malaysia berbilang bangsa dan agama.
  • Golongan B40 (Individu atau keluarga) yang terjejas pendapatan seperti diberhentikan kerja, separuh gaji, dan cuti tanpa gaji.
  • Peniaga Kecil / Penjaja yang terjejas perniagaannya.

soaln lazim2

Berapa Lamakah Tempoh Proses Permohonan PPZ-MAIWP?

Proses permohonan adalah dalam tempoh 7 hari bekerja selepas anda membuat permohonan.

Bagaimana Kaedah Menyerahkan Dokumen PPZ-MAIWP?

Anda boleh menyerahkan dokumen dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat-naik (upload) di dalam borang permohonan.

Sekiranya anda tidak mempunyai slip gaji, lesen perniagaan atau bekerja sementara, anda hanya perlu menyediakan dokumen sokongan sebagai membantu pihak PPZ membuat keputusan.

soalan lazim ppz

Bagaimana Kaedah Penyerahan Bantuan Jika Tidak Mempunyai Akaun Bank?

Pihak PPZ-MAIWP akan membuat pindahan tunai ke akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon.

Jumlah Bantuan Dan Kadar Maksimum

  • Di bayar secara One Off – RM 300 sahaja bagi setiap keluarga
  • Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.
  • Bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

PPZ9

Semakan Status Permohonan

Untuk mengetahui status permohonan bantuan Musa’adah Khaira-PPZ ini, anda boleh menyemak dengan memasukkan pengenalan diri di laman utama : musaadahkhaira.zakat.com.my

Persoalan Dan Maklumat Lanjut

khaira ppz

Sebarang persoalan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh menghubungi pihak PPZ-MAIWP melalui laman berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.