Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Terkesan Sepanjang Pandemik Covid-19? Cuba Mohon Bakul Prihatin Negara Disini

1,920

Pelbagai bantuan disalurkan kepada masyarakat di seluruh Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 terutamanya bantuan makanan.

Bantuan-bantuan tersebut disalurkan oleh pelbagai golongan termasuklah daripada badan bukan kerajaan iaitu NGO dan orang perseorangan.

Terkini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuka permohonan Bakul Prihatin Negara kepada semua golongan masyarakat yang dalam kesusahan akibat pandemik Covid-19.

Baca juga: Syarat Kelayakan Bantuan Mahasiswa Selangor, Bantuan IPT Barang Makanan. Mohon Disini

APA ITU BAKUL PRIHATIN NEGARA?

Bakul Prihatin Negara merupakan satu (1) inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

KELAYAKAN PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA?

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.

4 CARA MOHON BAKUL PRIHATIN NEGARA

Terdapat 4 cara untuk memohon Bakul Prihatin Negara iaitu:

  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri.
  • Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999.
  • Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM).
  • Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat
Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.
Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

BORANG PERMOHONAN & AKUAN PENERIMAAN

Anda juga boleh muat turun borang permohonan disini:

Borang/Akuan Permohonan Bakul Prihatin Negara

PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Borang Akaun Penerimaan Bakul Prihatin Negara

AKUAN PENERIMAAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

BARANGAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai 8 barangan seperti berikut:

  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi

Terkesan Sepanjang Pandemik Covid-19? Cuba Mohon Bakul Prihatin Negara Disini

Baca juga: Jangan Malu Jika Tak Ada Makanan. Ini Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan RM100 Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mohon Online Sahaja

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bakul Prihatin Negara sila dapatkan di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...