Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perlis Agih Bantuan Asas Bernilai RM50 Tiga Hari Sekali Kepada Mereka Yang Layak Sepanjang PKP 3.0

1,886

Untuk meringankan bebankan rakyat negerinya, Kerajaan Negeri Perlis telah memperuntukkan RM1.5 juta dalam menyediakan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan dan layak menerima bantuan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh fasa pertama bermula pada Selasa iaitu pada 1 Jun 2021.

Ini adalah berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri mengenai pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 secara menyeluruh yang bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 nanti.

Baca juga: Pastikan Pergerakan Anda Tidak Lebih Radius 10km Atau Diarah Berpatah Balik. Ini Cara Semak Radius Dengan Mudah

TUJUAN AGIHAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS

Bantuan ini antara inisiatif kerajaan negeri setelah kerajaan Persekutuan umumkan pelaksanaan PKP 3.0 fasa pertama sehingga 14 Jun depan, di mana semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali perkhidmatan perlu.

Bagi mengelakkan kesan negatif yang mungkin timbul akibat daripada pelaksanaan PKP tersebut serta keprihatinan kerajaan negeri, dana RM1.5 juta diperuntukkan serta-merta bagi menjaga kepentingan golongan sasar di negeri Perlis dan diharap bantuan segera ini dapat mengurangkan bebanan hidup golongan memerlukan,

TARIKH AGIHAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS

Tarikh agihan bantuan keperluan asas fasa pertama adalah bermula pada:

  • 1 Jun 2021

JUMLAH BANTUAN KEPERLUAN ASAS

Jumlah bantuan keperluan asas yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah sebanyak:

  • RM50

Bantuan keperluan asas ini akan diagihkan sebanyak tiga hari sekali sepanjang tempoh tersebut.

Perlis Agih Bantuan Asas Bernilai RM50 Tiga Hari Sekali Kepada Mereka Yang Layak Sepanjang PKP 3.0

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang bakal menerima bantuan keperluan asas ini adalah:

  • Keluarga yang memerlukan
  • Mereka yang layak menerima bantuan

KAEDAH PENGAGIHAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS

Agihan bantuan akan diuruskan oleh:

  • Pusat khidmat wakil rakyat atau pusat khidmat Menteri Besar bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kerjasama Perlis Agih Bantuan Asas Bernilai RM50 Tiga Hari Sekali Kepada Mereka Yang Layak Sepanjang PKP 3.0 Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Selain itu, bagi mereka yang membuat urusan di Maybank semua cawangan seluruh negara perlu membuat janji temu terlebih dahulu secara online melalui EzyQ seperti yang telah dimaklumkan oleh Maybank melalui akaun Twitter mereka.

Pastikan anda membuat janji temu terlebih dahulu ya sebelum anda diminta untuk beredar dari cawangan Maybank yang telah anda hadir untuk membuat urusan.

Rujuk: Semua Urusan Di Maybank Seluruh Negara Beroperasi Secara Janji Temu Sahaja. Ini Cara Buat Janji Temu Maybank

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...