Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PKP 3.0: Kelonggaran Renew Lesen Memandu Sepanjang PKP Sehingga 30 September Ini

4,229

Jangan risau sekiranya lesen memandu anda telah tamat sepanjang tempoh PKP 3.0 ini kerana Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memberikan kelonggaran untuk memperbaharui lesen memandu masing-masing.

Kelonggaran yang diberikan adalah sehingga September 2021 berdasarkan beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Dapatkan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia yang telah dimaklumkan melalui Facebook rasmi mereka untuk pengetahuan orang ramai.

Baca juga: 2 Langkah Renew Roadtax, Insuran & Lesen Memandu Secara Mudah Sepanjang Total Lockdown 1 Jun – 14 Jun 2021. Semua Boleh Buat Sendiri

JENIS LESEN MEMANDU

Jenis lesen memandu yang diberikan kelonggaran untuk diperbaharui sepanjang tempoh PKP 3.0 ialah:

  • Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Lesen Memandu PSV/GDL

SYARAT KELONGGARAN RENEW LESEN MEMANDU

Antara syarat utama untuk mendapat kelonggaran renew lesen memandu anda sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah seperti berikut:

  • Lesen memandu anda mestilah akan tamat dalam tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021
  • Pastikan kenderaan anda memiliki perlindungan insurans yang sah.
  • Menunjukkan e-cover note insurance kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta.

TARIKH KELONGGARAN RENEW LESEN MEMANDU

Tarikh kelonggaran untuk anda memperbaharui lesen memandu adalah mulai:

  • 1 Ogos hingga 30 September 2021

PKP 3.0: Kelonggaran Renew Lesen Memandu Sepanjang PKP Sehingga 30 September Ini

URUSAN KAUNTER YANG DIBENARKAN

Berikut adalah urusan kaunter JPJ yang dibenaran dan melibatkan kenderaan perdagangan Perkhidmatan Perlu (essential services) sahaja, yang memerlukan melakukan rentas sempadan negara adalah:

  1. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  2. Pendaftaran Baharu
  3. Pengeluaran Salinan Vehicle Ownership Certificate (VOC) dan Maklumat Kenderaan Sahaja
  4. Pembaharuan PSV dan GDL
  5. Semua urusan adalah secara temu janji sahaja dan sebarang walk-in TIDAK dibenarkan;

PKP 3.0: Kelonggaran Renew Lesen Memandu Sepanjang PKP Sehingga 30 September Ini

OPERASI KAUNTER JPJ UTC

Manakala semua operasi kaunter JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di seluruh negara akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh PKP 3.0.

PKP 3.0: Kelonggaran Renew Lesen Memandu Sepanjang PKP Sehingga 30 September Ini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Kementerian Pengangkutan Malaysia di:

  • Telefon: 03-8000 8000/03-8888 0158
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...