Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang Sehingga RM2,500. Semak Syarat Kelayakan Disini

1,079

Pelajar sekolah di negeri Pulau Pinang dipelawa untuk memohon Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang ini telah dibuka pad 8 November dan akan berakhir pada 30 November 2021 nanti.

Permohonan mestilah dibuat di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran. Seterusnya, dapatkan cara permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang, MAINPP disini.

TUJUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG

Untuk pengetahuan semua Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang, MAINPP ini diadakan dengan bertujuan:

  • Membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam persediaan persekolahan anak-anak mereka.
  • Terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak menuntut di sekolah rendah atau menengah.
  • Ia juga bertujuan agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajar dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

TARIKH MOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG

Ibu bapa dan penjaga pelajar sekolah di Pulau Pinang boleh membuat permohonan seperti tarikh berikut:

  • 8 November 2021 – 30 November 2021

Jadi, buat permohonan dengan segera agar tidak terlepas untuk mendapatkan bantuan dari Zakat Pulau Pinang.

SYARAT & KELAYAKAN

Syarat dan kelayakan untuk permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang, MAINPP ialah:

  1. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
  2. Bermaustatin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah
  4. Pelajar sekolah rendah: Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja
  5. Pelajar sekolah menengah: Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas

Seterusnya syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon bantuan ini adalah berdasarkan bilangan anak dan pendapatan kasar isi rumah seperti berikut:

2 Orang Anak

  • RM1,500 dan ke bawah

3 Orang Anak

  • RM2,000 dan ke bawah

4 Orang Anak & Ke Atas

  • RM2,500 dan ke bawah
Nota: Pelajar Pra Sekolah dan Tadika tidak dipertimbangkan

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Slip gaji/pengesahan pendapatan permohoan dan isteri (jika bekerja)
  • Salinan sijil cerai/Sijil kematian/Surat Akuan (jika pemohon ibu tunggal)
  • Salinan MyKId/MyKad/Sijil Kelahiran pelajar
  • Salinan penyata akaun/pengesahan akaun bank
  • Surat pengesahan dari JKM/PERKESO/Pencen (jika berkenaan)

CARA MOHON

Dapatkan borang permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang, MAINPP di:

  • Kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran dengan anda.

Permohonan adalah secara manual dan tiada permohonan secara online.

Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang Sehingga RM2,500. Semak Syarat Kelayakan Disini

Baca juga: Cara Mohon Inapan Kasih Sayang Zakat Pulau Pinang. 3 Kaedah Penghantaran Borang Ada Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara mohon Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang, sila hubugni Bahagian Institusi dan Pendidikan di saluran berikut:

  • 04-549 8178/168/165/158
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...