Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP Tahun 2021

3,124

Pelajar Institus Pengajian Tinggi (IPT) bagi pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktot Falsafah yang berkelayakan layak untuk memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP bagi Tahun 2021.

Baca juga: RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

Untuk pengetahuan anda juga, bantuan yang kan diberikan adalah antara RM2,500 hingga RM20,000 maksimum. Seterusnya semak syarat kelayakan serta cara membuat permohonan seperti yang dikongsikan melalui artikel ini.

INFO RINGKAS BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG

Bantuan ini adalah salah satu program bantuan pendidikan yang disalurkan oleh Zakat Pulau Pinang.

Bantuan yang diuruskan sebelum ini oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPPP), akan diuruskan sepenuhnya oleh Zakat Pulau Pinang bermula tahun 2020.

Besar harapan Zakat Pulau Pinang, agar para pelajar tidak lupa untuk sama-sama menggalas amanah dan tanggungjawab menunaikan zakat suatu hari nanti, sekaligus menyantuni golongan kurang berkemampuan dan memerlukan demi menjamin kelestarian dana zakat di negeri Pulau Pinang.

Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP Tahun 2021

TARIKH PERMOHONAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG

Tarikh permohonan adalah:

  • 16 Mac 2021 bermula pada 12 tengah malam sehingga 15 April 2021 pada jam 1159 malam.

SYARAT UMUM PERMOHONAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG

Syarat umum permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
  • Tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG

Cara membuat permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang adalah:

Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP Tahun 2021

  • Klik LOG MASUK, masukkan NAMA PENGGUNA/NO.PENDAFTARAN SYARIKAT dan masukkan KATA LALUAN.
  • Klik BANTUAN ZAKAT dan klik PERMOHONAN BANTUAN.
  • Klik DERMASISWA PENGAJIAN. Masukkan maklumat yang diperlukan.
  • Semak sebelum klik HANTAR borang permohonan anda.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Hantarkan bersama dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan (ibu bapa pemohon)
  3. Surat tawaran IPT
  4. Dokumen lain yang relevan
Nota: Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak atau tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP Tahun 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang Tahun 2021, sila hubungi:

  • Zakat Pulau Pinang
    No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
    14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Telefon: 604-5498088/125/155
  • Faks: 604 5306466
  • Emel: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...