Pelajar Institus Pengajian Tinggi (IPT) bagi pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktot Falsafah yang berkelayakan layak untuk memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP bagi Tahun 2021.
Baca juga: RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini
Untuk pengetahuan anda juga, bantuan yang kan diberikan adalah antara RM2,500 hingga RM20,000 maksimum. Seterusnya semak syarat kelayakan serta cara membuat permohonan seperti yang dikongsikan melalui artikel ini.
INFO RINGKAS BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG
Isi Kandungan
Bantuan ini adalah salah satu program bantuan pendidikan yang disalurkan oleh Zakat Pulau Pinang.
Bantuan yang diuruskan sebelum ini oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPPP), akan diuruskan sepenuhnya oleh Zakat Pulau Pinang bermula tahun 2020.
Besar harapan Zakat Pulau Pinang, agar para pelajar tidak lupa untuk sama-sama menggalas amanah dan tanggungjawab menunaikan zakat suatu hari nanti, sekaligus menyantuni golongan kurang berkemampuan dan memerlukan demi menjamin kelestarian dana zakat di negeri Pulau Pinang.
TARIKH PERMOHONAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG
Tarikh permohonan adalah:
- 16 Mac 2021 bermula pada 12 tengah malam sehingga 15 April 2021 pada jam 1159 malam.
SYARAT UMUM PERMOHONAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG
Syarat umum permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
- Tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG
Cara membuat permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang adalah:
- Klik: https://zakatpenang2u.com/
- Daftar akaun anda terlebih dahulu.
- Klik LOG MASUK, masukkan NAMA PENGGUNA/NO.PENDAFTARAN SYARIKAT dan masukkan KATA LALUAN.
- Klik BANTUAN ZAKAT dan klik PERMOHONAN BANTUAN.
- Klik DERMASISWA PENGAJIAN. Masukkan maklumat yang diperlukan.
- Semak sebelum klik HANTAR borang permohonan anda.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Hantarkan bersama dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan anda:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan (ibu bapa pemohon)
- Surat tawaran IPT
- Dokumen lain yang relevan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang Tahun 2021, sila hubungi:
- Zakat Pulau Pinang
No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang - Telefon: 604-5498088/125/155
- Faks: 604 5306466
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.