RM500 Diberikan Jika Hilang Pekerjaan Melalui Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH

Memahami masalah rakyat yang hilang punca pendapatan kerana hilang pekerjaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa 1 sehingga 12 Julai 2021 nanti, kerajaan telah menyediakan satu bentuk bantuan yang akan membantu rakyat daripada golongan ini.

Bentuk bantuan yang bakal dimanfaatkan oleh rakyat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri adalah Bantuan Kehilangan Pendapatan.

Bantuan Kehilangan Pendapatan ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat yang hilang pekerjaan serta pendapatan buat masa kini.

JUMLAH BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Jumlah Bantuan Kehilangan Pendapatan yang akan disalurkan kepada golongan ini adalah sebanyak:

  • RM500/One-off

Ia akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Tarikh bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan akan disalurkan kepada penerima mulai:

  • Oktober 2021
  • Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat melalui Menteri Kewangan.

RM500 Diberikan Jika Hilang Pekerjaan Melalui Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH

Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga sejuta ahli membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM500 juta

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)

Tiada syarat kelayakan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh mana-mana pihak kerajaan. Namun, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri yang lepas syarat yang dinyatakan ialah:

  • Penerima bantuan adalah untuk mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

RM500 Diberikan Jika Hilang Pekerjaan Melalui Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH

Baca juga: Syarat Kelayakan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang & Cara Semakan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.