Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Insentif Teksi & Bas Sekolah iSejahtera Pulau Pinang

1,091

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuka permohonan Bantuan Insentif Pemandu Teksi dan Bas Sekolah Isejahtera Pulau Pinang bagi Tahun 2022.

Para pemandu teksi dan bas sekolah di Pulau Pinang boleh mendapatakan syarat kelayakan disini seterusnya membuat permohonan secara online.

Jangan lupa untuk menyediakan dokumen sokongan seperti mana yang telah ditetapkan agar permohonan anda dapat diproses dengan segera.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF PEMANDU TEKSI & BAS SEKOLAH PULAU PINANG

Semua pemandu teksi dan bas sekolah di Pulau Pinang boleh membuat permohonan mulai:

  • 10 Disember 2021 

Anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan segara sebelum tarikh tutup pada:

  • 10 Januari 2021

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF PEMANDU TEKSI & BAS SEKOLAH

Pastikan anda memenuhi syarat permohonan yang telah ditetapkan. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

PEMANDU TEKSI

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  • Memiliki Kad Pemandu yang masih sah tempoh laku
  • Menjalankan perkhidmatan teksi di Negeri Pulau Pinang sahaja

BAS SEKOLAH

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  • Memiliki Permit Bas Sekolah yang masih sah tempoh laku
  • Menjalankan perkhidmatan bas sekolah di Negeri Pulau Pinang sahaja
  • Pemohon individu/syarikat hanya layak memohon maksimum dua (2) permit bas sekolah sahaja.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

PEMANDU TEKSI

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pemandu
  • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif)

BAS SEKOLAH

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Permit Bas Sekolah
  • Salinan Lengkap Setiap Helaian Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif)
    Salinan dokumen sokongan sekiranya tidak menggunakan akaun bank syarikat.
Nota: Pastikan anda memuat naik dokumen-dokumen ini secara online

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan adalah secara online sahaja. Klik pautan permohonan berikut:

Cara Mohon Bantuan Insentif Teksi & Bas Sekolah iSejahtera Pulau Pinang

  • Kemudian pilih KADUN MENGUNDI dan klik untuk membuat permohonan pada bahagian bawah.

Cara Mohon Bantuan Insentif Teksi & Bas Sekolah iSejahtera Pulau Pinang

  • Lengkapkan borang permohonan.
  • Jangan lupa untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Cara Mohon Bantuan Insentif Teksi & Bas Sekolah iSejahtera Pulau Pinang

  • Klik DAFTAR untuk menghantar permohonan anda.

Permohonan anda telah selesai.

Jangan lupa ya, sila renew lesen memandu dan roadtax kenderaan anda sebelum 31 Disember 2021 ini. Risau nanti kena saman dengan JPJ pula!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumayt lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Insentif Pemandu Teksi dan Bas Sekolah Isejahtera Pulau Pinang bagi Tahun 2022, sila hubungi Seksyen Pengangkutan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri atau Gabungan Pemandu Teksi Pulau Pinang di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...