Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Cukai Pembayar Cukai/Majikan Terjejas Banjir. Ini 4 Kategori Penangguhan Yang Ditetapkan

863

Menyedari kesusahan mangsa-mangsa banjir terutamanya kepada pembayar cukai dan majikan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berbesar hati mengumumkan untuk memberikan penangguhan bayaran cukai kepada pembayar cukai.

Pembayar-pembayar cukai tersebut meliputi individu dan juga majikan yang terjejas teruk akibat musibah banjir yang melanda negeri Selangor dan Pahang baru-baru ini.

Penangguhan bayaran cukai ini hanya dibenarkan untuk 4 kategori sahaja dan apakah kategori tersebut?

TUJUAN PENANGGUHAN BAYARAN CUKAI PEMBAYAR CUKAI/MAJIKAN TERJEJAS BANJIR

Tujuan penangguhan bayaran cukai pembayar cukai/majikan kerana LHDN memahami masalah yang dilalui seperti:

  • Kesan kepada liabiliti serta obligasi pembayar cukai/majikan untuk membuat bayaran cukai dalam tempoh yang ditetapkan termasuk bayaran anggaran cukai, ansuran cukai sama ada di peringkat siasatan, audit, pungutan dan guaman sivil serta bayaran Potongan cukai Bulanan (PCB)pekerja.

4 KATEGORI DIBENARKAN PENANGGUHAN BAYARAN CUKAI

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malasyia (HASIL), 4 kategori yang dibenarkan untuk penangguhan bayaran cukai dibenarkan adalah seperti berikut:

  • Tarikh akhir bayaran anggaran cukai kena dibayar (CP204) bagi bulan Disember 2021 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022
  • Bayaran ansuran siasatan/audit/pungutan/guaman sivil bagi bulan Januari 2022 ditangguhkan sehingga bulan Februari 2022
  • Tarikh akhir bayaran PCB/CP38 pekerja bagi bulan saraan Disember 2021 dilanjutkan untuk diremit sehingga 31 Januari 2022
  • Bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan sehingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai

CARA MOHON PENANGGUHAN BAYARAN CUKAI

Terdapat 2 kaedah untuk membuat permohonan penangguhan bayaran cukai iaitu:

1. Melalui Emel

  • Anda boleh mengemukakan permohonan penangguhan bayaran cukai melalui alamt emel berikut: [email protected]

2. BORANG

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Cukai Pembayar Cukai/Majikan Terjejas Banjir. Ini 4 Kategori Penangguhan Yang Ditetapkan

  • Lengkapkan borang permohonan dan hantar.

KENYATAAN MEDIA

Seterusnya rujuk kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh LHDN seperti berikut:

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Cukai Pembayar Cukai/Majikan Terjejas Banjir. Ini 4 Kategori Penangguhan Yang Ditetapkan

Pembayar cukai yang tidak terjejas dengan banjir boleh membuat pecutan terakhir untuk melunaskan bayaran cukai pendapatan anda sebelum 31 Disember 2021. Anda boleh membuat pembayaran cukai pendapatan mengikut kategori yang telah ditetapkan dan terus rujuk pada pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penangguhan bayaran cukai kepada pembayar cukai dan majikan yang terkesan akibat banjir, sila ajukan kepada HASIL melalui saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...