Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1000 (Cara Mohon)

10,749

Seperti sedia maklum, Bantuan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dinaikkan kepada RM200 sehingga jumlah maksimum sebanyak RM1,000. Perkara ini telah dinyatakan pada pembentangan Belanjawan 2021 dan diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun.

Sebelum ini kerajaan memberikan bantuan kepada kanak-kanak sebanyak RM100 dengan kadar maksimum RM450 sekeluarga sebulan.

Baca juga: JKM: Cara Daftar, Semakan Dan Kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online

Dapatkan info selanjutnya mengenai Bantuan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi perkongsian ini.

KADAR BANTUAN TERKINI BANTUAN KANAK-KANAK JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Kadar bantuan terkini bagi Bantuan Kanak-Kanak JKM ialah:

  • Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : RM200 Sebulan
  • Kanak-kanak 7 tahun hingga 18 tahun : RM150 Sebulan
  • Kadar maksimum RM1,000 sekeluarga untuk sebulan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Isi rumah pendapatan keluarga/ penjaga kanak-kanak tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Untuk kes-kes yang tertentu atau yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
  • Kanak-kanak yang berumur 18 dan ke atas boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah.

Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1000 (Cara Mohon)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM, iaitu:

ONLINE

  • Klik pautan berikut: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  • Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.
  • Seterusnya, pilih NEGERI dan isikan NOMBOR KAD PENGENALAN.
  • Klik DAFTAR.
  • Isikan makluman yang diperlukan.
  • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

MANUAL

Untuk permohonan secara manual, anda hanya perlu:

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Semasa hadir ke pejabat atau cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat, bawa bersama dokumen seperti berikut:

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU).
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri).
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro).
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan).

Anda juga boleh dapatkan tarikh bayaran bantuan bulanan dan semakan pembayaran di sini.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK (JKM)

Download sahaja borang permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM di bawah:

JKM 18 (BORANG PERMOHONAN BANTUAN)

BORANG KEMASKINI MAKLUMAT JKM 20

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut dan ajukan pertanyaan anda mengenai Bantuan Kanak-Kanak di Pejabat JKM yang terdekat atau di:

  • 03-8000 8000
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4, 62100 Putrajaya.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...