[Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH] RM500 Setiap Bulan Selama 3 Bulan OKU Hilang Kerja. Ini Cara Mohonnya
Melalui pengumuman khas bantuan PEMULIH, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga bakal menerima pelbagai bantuan.
Antara salah satu bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan kepada OKU adalah Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 3 bulan.
Bagaimana cara untuk membuat permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH? Semak caranya disini.
INFO RINGKAS BANTUAN KEWANGAN KHAS OKU PEMULIH
Isi Kandungan
Bantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.
Antara objektif Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH ialah:
- Membantu secara kewangan kepada OKU yang terkesan akibat pandemik COVID-19
- Membantu OKU yang hilang pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup
- Mengenalpasti bilangan sebenar OKU yang bekerja namun tidak menerima sebarang bantuan bulanan kerajaan
- Sebagai insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 selama hampir 1½ tahun.
Baca juga: RM500 Seorang, Bantuan Untuk 3 Bulan Bantu OKU Hilang Pekerjaan
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KHAS OKU PEMULIH
Tarikh permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH adalah seperti berikut:
- 19 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021
KADAR BANTUAN
kadar bantuan yang bakal diterima oleh pemohon adalah sebanyak:
- RM500 sebulan selama tempoh 3 bulan
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN KHAS OKU PEMULIH
Syarat kelayakan permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH adalah:
- OKU yang berdaftar dengan JKM
- OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
- OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM
- Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji
- OKU yang bukan kakitangan kerajaan
CARA MOHON
Untuk membuat permohonan, berikut adalah cara-cara permohonan yang telah ditetapkan oleh JKM:
- Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui google form yang terdapat di laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my
- Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuatturun daripada laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my (seperti dalam Lampiran A) dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel [email protected]
- Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel [email protected]
DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan dokumen adalah seperti berikut:
- Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU.
- Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.
KAEDAH PEMBAYARAN
Bagi permohonan yang lengkap dan telah diluluskan, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) akan melaksanakan bayaran ke akaun pemohon yang dinyatakan dalam borang permohonan.
Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Kewanga Khas OKU PEMULIH, sila hubungi:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.