Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM500 Seorang, Bantuan Untuk 3 Bulan Bantu OKU Hilang Pekerjaan

4,022

Bukan sekadar mereka yang hilang pekerjaan bakal menerima bantuan RM500 dan bantuan RM300 untuk bukan pencarum PERKESO medapatkan pekerjaan, malah golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga bakal menerima bantuan daripada pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga turut bakal menikmati insentif melalui PEMULIH sebanyak RM500 setiap seorang selama 3 bulan berturut-turut.

Apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk mendapatkan Bantuan OKU Kehilangan Pekerjaan RM500? Semak disini.

JUMLAH BANTUAN KHAS GOLONGAN OKU

Jumlah Bantuan Khas Golongan OKU adalah sebanyak:

  • RM500/seorang

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 20,000 inidividu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM30 juta.

TEMPOH BANTUAN KHAS GOLONGAN OKU

Tempoh Bantuan Khas Golongan OKU akan diberikan kepada mereka selama:

  • 3 bulan

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Pekerja golongan OKU yang hilang dan tiada pekerjaan
  • Bukan kalangan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada
Nota: Syarat kelayakan yang seterusnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa

CARA MOHON

Cara permohonan Bantuan Khas Golongan OKU juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PROGRAM JARINGAN INISIATIF UMUM (JITU)

Selain daripada Bantuan Khas Golongan OKU RM500, Kerajaan juga akan melaksanakan:

  • Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU.

Tujuan Program Jaringan Inisiatif Umum adalah:

  • Menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan.

Sebanyak RM20 juta diperuntukkan dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 40,000 individu.

RM500 Seorang, Bantuan Untuk 3 Bulan Bantu OKU Hilang Pekerjaan

Baca juga: JKM: Cara Daftar, Semakan Dan Kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...