Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semua Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Seluruh Negara Beroperasi Secara Fizikal Mulai Julai

1,540

Boleh dikatakan, keperluan berurusan di kaunter perkhidmatan kerajaan secara bersemuka lebih efektif bagi sesetengah urusan berbanding berurusan secara online.

Oleh hal yang demikian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memutuskan supaya semua kaunter perkhidmatan kerajaan di seluruh negara beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai 2021.

Pelaksanaan urusan kaunter perkhidmatan kerajaan adalah mengikut SOP yang ditetapkan serta dan sudah pasti mengikut keperluan yang telah ditetapkan.

Baca juga: Kelulusan Pergerakan Secara One-Off Kepada Individu Yang Bekerja Sendiri Sehingga 7 Julai

JANJI TEMU BERJADUAL

Walaupun pelanggan boleh hadir ke kaunter perkhidmatan kerajaan secara fizikal, namun ianya hanya boleh dilakukan melalui janji temu berjadual sahaja.

Antaranya ialah urusan di:

Nota: Bagi janji temu yang lain, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Semua Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Seluruh Negara Beroperasi Secara Fizikal Mulai Julai

PROSEDUR JANJI TEMU KAUNTER PERKHIDMATAN KERAJAAN

Antara prosedur janji temu kaunter perkhidmatan kerajaan adalah seperi berikut:

  • Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.
  • Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 5 bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan.
  • Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah jabatan.
  • Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.
  • Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk laman web rasmi jabatan untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.
  • Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula.
  • Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di setiap jabatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa.

STAF KAUNTER PATUHI SOP

Berikutan pengoperasian kaunter perkhidmatan kerajaan di seluruh negara mulai 1 Julai 2021, ketua jabatan perlu memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dipatuhi setiap masa dalam mengimbangi penyampaian perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan.

Manakala pelanggan pula perlu mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan seperti:

  • Membuat janji temu
  • Hadir mengikut tarikh dan masa janji temu
  • Memakai topeng muka
  • Memakai sanitizer
  • Sihat dan tiada demam

SOP penuh dan terkini Pelan Pemulihan Negara bagi Fasa 1 sila klik pautan berikut:

Baca juga: Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Sehingga RM1,300. Ini Tarikh Terima Bayaran BKC Mengikut Kategori

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...