Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Hantar Dokumen Kategori 2 iSinar? Buat Temujanji Online KWSP Dahulu Ya

2,582

Anda yang perlu membuat permohonan pengeluaran iSinar melalui Kategori 2 dan ingin menghantar dokumen seperti yang diminta oleh KWSP ke kaunter, penting disini untuk membuat temujanji secara online terlebih dahulu.

Walaupun anda telah memuat naik semua dokumen yang diperlukan, tetapi pihak KWSP tetap akan meminta anda untuk hadir ke kaunter yang berdekatan untuk menghantar dokumen sokongan tersebut sekiranya terdapat masalah untuk mereka memproses permohonan anda.

Rujuk: Cara Muat Naik Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 & Tidak Lulus Kategori 1. Online Sahaja

Jadi, buat temu janji secara online terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter dan ikuti cara-cara membuat temujanji seperti yang dikongsikan melalui artikel ini.

CARA MEMBUAT TEMUJANJI ONLINE KWSP

Sebelum hadir ke kaunter KWSP untuk menghantar dokumen iSinar, anda perlu:

  • Klik JANJI TEMU ONLINE KWSP
  • Pilih CAWANGAN dan klik SETERUSNYA.
  • Pilih JENIS PERKHIDMATAN.
  • Pilih TARIKH.
  • Pilih MASA.
  • Klik PILIH SLOT.
  • Isikan MAKLUMAT PERIBADI.
  • Pastikan semua kotak ditandakan.
  • Baca dan fahami PERAKUAN PEMOHON.
  • Klik BUAT TEMUJANJI.
  • Status permohonan akan dipaparkan di skrin anda.
  • Anda akan menerima NOTIS PENGESAHAN sebagai rujukan melalui emel atau SMS.

Nak Hantar Dokumen Kategori 2 iSinar? Buat Temujanji Online KWSP Dahulu Ya

GARIS PANDUAN TEMUJANJI ONLINE KWSP

Anda juga perlu patuhi garis panduan temujanji online KWSP sebelum menghantar dokumen Katgeori 2 iSinar seperti berikut:

  • Ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di pautan www.kwsp.gov.my
  • Semua ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan.
  • Semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis cawangan.
  • Majikan tidak dibenarkan mengunjungi cawangan kerana semua perkhidmatan boleh dilaksanakan dengan menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan masing-masing.

Nak Hantar Dokumen Kategori 2 iSinar? Buat Temujanji Online KWSP Dahulu Ya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut dan info seterusnya melalui :

  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP : 03-8922 6000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...