Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PKP 2.0: Laluan Ke Langkawi Dari Kuala Perlis Ditutup, Laluan Kuala Kedah Dibuka

1,083

Batalkan hasrat anda hendak ke Langkawi melalui laluan Kuala Perlis kerana laluan ini telah ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh kawalan PKP, PKPB dan PKPP.

Namun, rakyat negeri Kedah atau penduduk Langkawi yang mempunyai urusan di Alor Setar atau di Langkawi boleh pergi ke Langkawi atau ke Alor Setar melalui laluan Kuala Kedah sahaja.

Baca juga: 14 Info Penting PKP, PKPB & PKP 2021 Yang Anda Perlu Alert

Laluan ini ditutup dan dihentikan berikutan larangan rentas negeri yang dikenakan kerajaan. Teruskan membaca perkongsian ini untuk mendapatkan info berkaitan dengan lebih lanjut.

PERJALANAN FERI KE LANGKAWI DIKURANGKAN

Walaupun anda boleh membuat perjalan ke Langkawi atau ke Kuala Kedah, namun Jabatan laut Malaysia Wilayah Selatan menyatakan bahawa laluan Feri Langkawi ke Kuala Kedah perlu dikurangkan kepada:

  • 1 perjalanan berbanding 6 perjalanan sebelum ini.

Manakala perjalanan Feri Kuala Kedah ke Langkawi pula dikurangkan:

  • 1 perjalanan berbanding 7 perjalanan sebelum ini.

PERJALANAN FERI KE PULAU PANGKOR DIKURANGKAN

Selain daripada perjalanan Feri Langkawi, Feri Lumut ke Pulau Pangkor juga dikurangkan perjalanannya iaitu:

  • 6 perjalanan berbanding 12 perjalanan sebelum ini.

Manakala perjalanan Feri Marina Island ke Pulau Pangkor pula:

  • 7 perjalanan berbanding 13 perjalanan sebelum ini.

PERJALANAN FERI KE LABUAN DIKURANGKAN

Feri Labuan ke Menombok  juga dikurangkan perjalanannya iaitu:

  • 6 perjalanan berbanding 8 perjalanan sebelum ini.

Manakala laluan Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam pula dihentikan dalam tempoh PKP ini.

INFO SELANJUTNYA

Bagi anda yang ingin dapatkan info lebih lanjut mengenai perjalanan Feri Langkawi dan Feri Kuala Kedah, sila layari laman web berikut:

PKP 2.0: Laluan Ke Langkawi Dari Kuala Perlis Ditutup, Laluan Kuala Kedah Dibuka

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...