Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tak Ada Kenderaan Nak Pergi Ambil Vaksin? Mohon Bantuan Melalui ITHVAKSIN Sahaja & Kos Pengangkutan Ditaja Sepenuhnya

2,136

Jangan risau sekiranya anda tak ada sebarang kenderaan untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kerana ITHVAKSIN menawarkan pengangkutan buat anda yang memerlukan.

ITHVAKSIN akan boleh dibuat permohonan pada bila-bila masa sahaja yang anda perlukan dan anda perlu mengisi borang permohonan secara online sahaja.

Jadi, tiada alasan untuk anda tidak menghadirkan diri ke Pusat Pengagihan Vaksin (PPV) sama ada dengan atau tanpa penjaga.

Baca juga: RM20 Rebat Pengangkutan Ke Pusat Vaksin Bagi Pengguna Grab Warga Emas Di Selangor. Semak Cara Mohon Disini

APA ITU ITHVAKSIN?

ITHVAKSIN atau ImpactTolongHantar (ITH) Vaksin merupakan satu inisiatif oleh Impact Malaysia bagi membantu golongan sasaran yang memerlukan bantuan pengangkutan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk divaksinasi.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN PENGANGKUTAN ITHVAKSIN

Terdapat 6 jenis kategori penerima bantuan pengangkutan ITHVaksin iaitu:

  • B40
  • Orang Asli
  • Warga Emas (60 tahun ke atas)
  • Kumpulan Rentan
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Golongan yang memerlukan bantuan pergerakan (perlukan kerusi roda)

KHIDMAT PENEMAN

Selain daripada bantuan pengangkutan ITHVaksin, Khidmat Peneman juga disediakan.

Ianya disediakan dan terbuka kepada golongan berikut:

  • Golongan rentan
  • Warga emas

Peneman ini akan membantu anda/penerima dari awal sehingga habis proses vaksinasi dan ianya tertakluk kepada kawasan-kawasan yang mempunyai khidmat ini sahaja.

CARA MOHON ITHVAKSIN

Untuk memohon khidmat Impact Tolong Hantar Vaksin, pemohon, terlebih dahulu, haruslah menghantar borang dalam talian yang lengkap beserta dengan maklumat yang tepat di pautan tersebut:

Tak Ada Kenderaan Nak Pergi Ambil Vaksin? Mohon Bantuan Melalui ITHVAKSIN Sahaja & Kos Pengangkutan Ditaja Sepenuhnya

  • Lengkapkan permohonan anda dan klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

Selain itu, anda juga boleh mengguanakan perkhidmatan Grab dengan diskaun yang menarik untuk warga emas atau menggunakan MakcikTravels sekiranya memerlukan peneman untuk divaksinasi nanti.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...