Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Kewangan Yayasan RISDA (YR), Skim Bantuan Pelajar IPT RM300-RM500

1,708

Pelbagai pihak tampil untuk memberikan sumbangan atau bantuan kepada pelajar yang memerlukan untuk meneruskan pelajaran masing-masing.

Begitu juga dengan Yayasan Risda (YR) yang memperkenalkan Skim Bantuan Pelajar IPT/Pelajaran agar anak-anak pekebun kecil dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dengan selesa seperti mana orang lain.

Anak-anak pekebun kecil yang berminat untuk mendapatkan Bantuan Kewangan Yayasan Risda (YR) boleh dapatkan info lanjut mengenai cara membuat permohonan Skim Bantuan Pelajar IPT/Pelajaran YR disini.

TUJUAN SKIM BANTUAN PELAJAR IPT/PELAJARAN

Tujuan Skim Bantuan Pelajar IPT/Pelajaran ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil, anak wargakerja RISDA/Syarikat Milikan RISDA (SMR) yang melanjutkan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Bantuan pelajaran ini dipertimbangkan kepada permohonan Semester 1 sahaja untuk membantu sebahagian pembayaran yuran kemasukan pelajar ke IPTA atau IPTS. Bantuan ini TIDAK layak untuk negeri-negeri yang diberi bantuan oleh negeri atau agensi dalam negeri dan tidak mengambil kira nilai perbezaan kadar bantuan yang diberikan oleh negeri/agensi.

JUMLAH PEMBAYARAN

Pembiayaan bantuan adalah secara one-off dengan kadar bantuan mengikut tahap pengajian seperti berikut:

  • Diploma: RM300.00
  • Ijazah Pertama: RM500.00

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk permohonan Skim Bantuan Pelajar IPT/Pelajaran YR adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah terdiri daripada anak-anak pekebun kecil seperti mana yang disahkan oleh Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat atau anak-anak wargakerja RISDA/SMR seperti yang disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
  • Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah sebulan.
  • Pemohon hendaklah telah menerima tawaran tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Tahap pengajian adalah pada peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam semua bidang/kursus yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau peringkat pengajian yang diluluskan oleh Yayasan RISDA.

CARA MOHON

Jika anda menepati syarat yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan seperti berikut:

  • Permohonan bantuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh Yayasan RISDA iaitu Borang YR-01/2016.
  • Borang permohonan yang telah lengkap dihantar kepada Urusetia Yayasan RISDA melalui Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian dalam tempoh 2 bulan selepas pendaftaran kemasukan pengajian ke IPTA atau IPTS. Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup permohonan dan tidak lengkap akan ditolak.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan dokumen sokongan semasa menghantar permohonan anda. Dokumen-dokumen sokongan tersebut ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar dan Surat Beranak yang disahkan dan untuk kegunaan Yayasan RISDA sahaja
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga (Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA/SMR)
  • Salinan Surat Tanam Semula RISDA sebagai bukti anak Pekebun Kecil (TS32/RISDA7/ TS 18A)
  • Salinan geran tanah Tanam Semula sebagai bukti anak Pekebun Kecil
  • Salinan Penyata Gaji / pengesahan Pendapatan Ibubapa/Penjaga (Pendapatan Isirumah yang disahkan oleh JKKK/Pegawai Kerajaan Gred A/Penghulu)
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS
  • Salinan mengesahkan mendaftar sebagai Pelajar (Resit bayarankemasukan ke IPTA/IPTS)

Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian atau Ketua Pegawai Eksekutif SMR bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah anak Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA atau wargakerja RISDA/SMR.

Pelajar-pelajar di negeri Kedah pula boleh membuat permohonan Tawaran Tajaan Pengajian di Sekolah Zakat Kedah melalui pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Skim Bantuan Pelajar IPT/Pelajaran YR dengan menghubungi Yayasan Risda di pautan berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...