Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Kepada Petani & Bayaran One Off Pengusaha Pelancongan Bantuan Khas COVID-19 Fasa 2 PKP 2.0 Negeri Kelantan

1,780

Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara, terdapat pelbagai kesukaran dan kesan ekonomi yang terpaksa dilalui oleh masyarakat termasuk rakyat Negeri Kelantan.

Selain itu, Negeri Sembilan juga menyediakan beberapa inisiatif untuk membantu rakyatnya dengan menyediakan rumah mampu milik untuk didiami oleh golongan yang berpendapatan rendah dengan harga semurah RM60,000 seunit dengan bayaran bulanan sebanyak RM200/sebulan melalui inisiatif Rumah Harapan Rakyat.

Apakah bentuk Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2 yang telah diteruskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan?

BANTUAN KHAS COVID-19 BERKALA PKP 2.0

Sebelum itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah memberikan Bantuan Khas Covid-19 Berkala untuk kesejahteraan rakyat seperti:

Bantuan Keperluan Asas Makanan

  • Peruntukan untuk bantuan keperluan asas makanan adalah sebanyak RM1.8 juta / RM40,000 bagi setiap DUN melalui 45 Pusat Khidmat DUN.

Insentif Tunai Peniaga Kecil dan Penjaja Kecil

  • Peruntukan sebanyak RM1.125 juta / RM25,000 diberikan kepada peniaga dan penjaja kecil yang layak bagi setiap DUN melalui 45 Pusat Khidmat DUN (PKD)

Bantuan Kepada Petani & Bayaran One Off Pengusaha Pelancongan Bantuan Khas COVID-19 Fasa 2 PKP 2.0 Negeri Kelantan

BANTUAN KHAS COVID-19 FASA 2 PKP 2.0

Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2 ini diteruskan dengan melibatkan beberapa sektor utama di Negeri Kelantan dengan 4 skop utama yang diberikan perhatian yang melibatkan:

  • Petani dan nelayan
  • Industri pelancongan
  • Guru pondok
  • Perpaduan masyarakat

PERUNTUKAN BANTUAN KHAS COVID-19 FASA 2

4 skop utama Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2 PKP 2.0 dengan peruntukan seperti berikut:

Program Bantuan Sejahtera Tani

Peruntukan sebanyak RM1.41 juta dengan pembahagian seperti berikut:

  • Penternakan: RM460,000 kepada 2,300 penternak seluruh Negeri Kelantan.
  • Perikanan dan Nelayan: RM900,000 bagi input nelayan kepada 4,500 penerima
  • Industri Asas Tani: RM50,000 bagi input tani dan belian hasil tani

Industri Pelancongan

Peruntukan sebanyak RM498,000 dengan:

  • Bantuan secara one-off kepada pengusaha-pengusaha pelancongan di Negeri Kelantan.

Bantuan Khas Guru Pondok

Peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM165,500 kepada:

  • Seramai 331 orang guru-guru pondok yang berdaftar.

Bantuan Khas Perpaduan Masyarakat

Bagi bantuan ini, peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM37,000 kepada:

  • 16 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di negeri Kelantan.

Bantuan Kepada Petani & Bayaran One Off Pengusaha Pelancongan Bantuan Khas COVID-19 Fasa 2 PKP 2.0 Negeri Kelantan

KENYATAAN MEDIA BANTUAN KHAS COVID-19 FASA 2

Berikut adalah kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan (UKMB) untuk rujukan anda:

Bantuan Kepada Petani & Bayaran One Off Pengusaha Pelancongan Bantuan Khas COVID-19 Fasa 2 PKP 2.0 Negeri Kelantan

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...