Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM60,000 Dah Boleh Miliki Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan. Ini Cara Mohon

2,031

Pada Belanjawan Negeri Sembilan yang lalu, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan satu inisiatif iaitu Rumah Harapan Rakyat untuk rakyatnya.

Baca juga: 2 Jenis Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2021 & Cara Permohonan

Rakyat Negeri Sembilan boleh mendapatkan sebuah rumah mampu milik dengan harga yang paling murah iaitu RM60,000 seunit dengan bayaran yang sangat berpatutan.

OBJEKTIF RUMAH HARAPAN RAKYAT

Inisiatif ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumahsendiri yang lebih sempurna dan selesa.

HARGA SEBUAH RUMAH HARAPAN RAKYAT

Harga bagi sebuah Rumah Harapan Rakyat adalah:

  • RM60,000 / unit

JUMLAH UNIT RUMAH HARAPAN RAKYAT

Rumah Harapan Rakyat yang dibina adalah terhad iaitu sebanyak:

  • 70 unit sahaja

BAYARAN BULANAN RUMAH HARAPAN RAKYAT

Bayaran bulanan juga sangat berbaloi dan murah iaitu:

  • RM200 selama 25 tahun
  • Bayaran balik tanpa faedah

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah:

  • 30 Jun 2021

SYARAT PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT

Semak dahulu syarat permohonan yang perlu anda penuhi seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun.
  • Pemohon yang bujang atau berkahwin layak memohon. Jika sudah berkahwin, pasangan hendaklah juga warganegara Malaysia.
  • Pendapatan bulanan isi rumah pemohon tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
  • Pemohon memiliki tanah sendiri (tanah tersebut mestilah pemilikan penuh sahaj dan tanah tersebut bersesuaian bagi pembinaan RHR serta bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
  • Keluasan minimum tanah milik pemohon adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi.
  • Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan merangkumi keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem eKaseh.
Nota: Sebarang pengecualian kepada syarat-syarat permohonan yang telah dinyatakan adalah tertakluk kepada kelulusan / pertimbangan Panel Pelulus Rumah Harapan Rakyat.

RM60,000 Dah Boleh Miliki Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan. Ini Cara Mohon

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT

Anda boleh membuat permohonan seperti berikut:

  • Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat dengan betul dan lengkap.

Seterusnya hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan yang diperlukan ke pejabat daerah yang terdekat atau ke:

  • Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
    Bahagian Teknikal, 23-H, Tingkat Bawah, Jalan Zaaba,
    70100 Seremban,
    Negeri Sembilan.

DOKUMEN SOKONGAN

Antara dokumen sokongan yang diperlukan ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami).
  • Salinan Kad Pengenalan Waris.
  • Salinan Sijil Nikah/Salinan Daftar Perkahwinan/Sijil Cerai/Sijil Kematian/Akuan Sumpah.
  • Salinan Kad Pengenalan atau Mykid anak atau tanggungan yang tidak mempunyai Mykid atau berumur bawah 12 tahun.
  • Salinan penyata akaun bank.
  • Slip Gaji Terkini Pemohon: 3 bulan terakhir.
  • Slip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami): 3 bulan terakhir (Jika ada).
  • Surat Pengesahan Pendapatan (Jika ada).
  • Penyata KWSP Pemohon: Penyata tahun semasa (Jika berkaitan).
  • Penyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami): Penyata tahun semasa (Jika berkaitan).
  • Gambar rumah terkini.
  • Gambar tapak cadangan.
  • Salinan Hakmilik Tanah.
  • Salinan Sijil Carian Rasmi (Dapatkan di Pejabat Tanah Galian Negeri Sembilan (PTGNS).
  • Pengesahan Ketua Adat (Jika berkaitan).
Nota: Semua dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan (Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi MPKK

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...