Bantuan Kerajaan

RM1,000 Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

23 April 2021
1 min baca
Isi Kandungan

Selain daripada penjawat awam persekutuan yang menerima Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri, penjawat awam negeri Selangor juga bakal menerima bonus hari raya pada bulan Mei ini.

Penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau RM1,000 minimum.

Baca juga: Bonus Hari Raya Aidilfitri 2021 Kepada Penjawat Awam Dibayar 6 Mei 2021

JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN HARI RAYA AIDILFITRI SELANGOR

Jumlah bayaran Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri untuk penjawat awam negeri Selangor adalah sebanyak:

  • RM1,000(minimum) atau setengah bulan gaji
  • RM500

PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN HARI RAYA AIDILFITRI

Penerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri negeri Selangor adalah:

RM1,000

  • Semua penjawat awam
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  • Speaker dan Timbalan Speaker
  • Ahli Dewan Undangan Negeri
  • Pengurusan tertinggi
  • Anggota perkhidmatan kerajaan negeri
  • Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  • Pegawai Perhubungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun
  • Ketua komuniti India
  • Penyelia Wanita Berdaya (PWB)

RM500

  • Penggerak Belia Selangor (PeBS)
  • Setiausaha MPKK
  • Petugas masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal)

Semua penjawat awam dinasihatkan menggunakan bantuan khas itu secara berhemah dan berhati-hati selain meraikan Aidilfitri secara sederhana tetapi penuh bermakna.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN HARI RAYA AIDILFITRI

Semua penerima akan menerima bayaran pada:

  • 19 Mei 2021

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bayaran itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM22.67 juta.

RM1,000 Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

SUMBER

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.