Bantuan Khas RM500 Kepada Mangsa Banjir Di Negeri Pahang. Semua Mangsa Layak Terima Bantuan
Banjir besar yang melanda negara bukan sekadar berlaku di Negeri Selangor sahaja! Malah, ia juga berlaku di negeri-negeri Pantai Timur iaitu di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Apa yang menyedihkan, terdapat banyak kematian dan kerosakan rumah, harta benda dan sebagainya! Terlalu banyak kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir dan mereka memerlukan sedikit bantuan untuk meringankan beban mereke selepas banjir mulai reda.
Sehubungan itu. kerajaan negeri Pahang telah terpanggil untuk memberikan Bantuan Khas Bencana Banjir kepada semua mangsa banjir yang terlibat.
JUMLAH BANTUAN
Isi Kandungan
Setiap mangsa banjir di negeri Pahang akan menerima bantuan sebanyak:
- RM500 kepada setiap Ketua Isi rumah (KIR)
Ia sebagai meneruskan tradisi tanda prihatin terhadap nasib mangsa banjir di Pahang, sepertimana bantuan serupa semasa bencana banjir yang dialami tahun lepas.
Sumbangan RM500 ini dikira wajar dan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mangsa terlibat
4 KATEGORI PENERIMA BANTUAN KHAS BENCANA BANJIR PAHANG
Mangsa banjir yang bakal menerima Bantuan Khas Bencana Banjir Pahang adalah seperti berikut:
- Mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS)
- Mangsa yang tidak berpindah ke PPS tetapi menumpang di rumah saudara-mara
- Mangsa yang tinggal di rumah sewa
- Mangsa yang membuat keputusan untuk tidak berpindah ke mana-mana
“Sumbangan tersebut adalah berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangan kerajaan negeri demi meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung mangsa.”
Menteri Besar Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail
BANTUAN WANG IHSAN (BWI) BENCANA BANJIR DISEGERAKAN
Menurut Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr Aminuddin Hassim, Pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir akan disegerakan kepada ketua isi rumah (KIR) mangsa yang terjejas.
Syarat utama adalah mesti ada Mykad, merupakan mangsa bencana dan pendaftaran KIR perlu dibuat menerusi ketua kampung, penghulu serta ketua komuniti di kawasan masing-masing
Nadma dan Kementerian Kewangan (MOF) juga akan memudahkan proses permohonan termasuk mempercepatkan penyaluran peruntukan kepada kerajaan negeri selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) sebagai penyaluran fasa satu bagi proses pengagihan bantuan kepada mangsa terjejas.
Semak cara mohon disini:
Jumlah Bantuan Wang Ihsan (BWI) pula adalah seperti berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.