Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pengusaha SPA & Pusat Urutan Kaki Cepat Mohon RM1,000 Bantuan Khas Secara One-Off

277

Pandemik Covid-19 kali ini benar-benar menguji para usahawan termasuk Pengusaha SPA dan mereka yang membuka perniagaan Pusat Urutan Kaki (PUK).

Ada antara mereka tidak dapat beroperasi dan menanggung kerugian sehingga terpaksa menutup perniagaan masing2.

Oleh itu, kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyediakan Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas Secara One-Off RM1,000.00 di Bawah Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan (PEMULIH).

TUJUAN BANTUAN KHAS RM1,000 PENGUSAHA SPA & PUSAT URUTAN KAKI

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pengusaha Spa dan Pusat Urutan Kaki (PUK) dalam menghadapi wabak pandemik C0VID-19.

Sehubungan itu, MOTAC menyeru semua pengusaha Spa dan PUK yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan untuk Bantuan Khas One-Off RM1,000 adalah seperti berikut:

  • 19 Ogos 2021 hingga 6 September 2021

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Latihan Perintis JKM RM200 Sebulan Seorang. Dapatkan Borang Permohonan Disini

JUMLAH BAYARAN BANTUAN KHAS

Jumlah bayaran Bantuan Khas untuk Pengusaha SPA dan Pusat Urutan Kaki (PUK) adalah sebanyak:

  • RM1,000 secara one-off.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon ialah:

No photo description available.

CARA MOHON BANTUAN KHAS KEWANGAN

Permohonan adalah secara online pada pautan berikut:

May be a cartoon of one or more people and text that says 'UKK MOTAC KEMENTERIANP KEMENTERIANPELANCONGAN, ELANCONGAN, SENI BUAMLAYS BUDAYA MALAYSIA peMulih dungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi Pakej Û BANTUAN KEWANGAN GERAN KHAS PRIHATIN SEBANYAK RM1,000 KEPADA PENGUSAHA SPA DAN PUSAT URUTAN KAKI (PUK) BAWAH MOTAC Untuk maklumat lanjut sila layari link berikut: www.mota.ov.myPrhatinMOTAC21_Spa mymotac www.motac.gov.my'

KENYATAAN MEDIA

Selain itu, anda juga boleh dapatkan kenyataan media dari MOTAC seperti yang dikongsikan ini untuk rujukan anda.

Baca juga: MyBaikHati PEMERKASA, Semak Tempat Derma Gajet Terpakai Anda Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Kewangan Geran Khas Prihatin Sebanyak RM1,000.00 Secara One-Off Kepada Pengusaha Spa Dan Pusat Urutan Kaki (PUK) di bawah MOTAC, sila hubungi:

  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
    No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
  • 03 8000 8000
  • [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...