Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

MyBaikHati PEMERKASA, Semak Tempat Derma Gajet Terpakai Anda Disini

849

Jika anda mempunyai gajet yang tidak terpakai, anda digalakkan untuk menderma gajet tersebut ke tempat yang menerimanya seterusnya dibaiki untuk diberikan kepada anak-anak golongan B40 yang memerlukannya.

Untuk pengetahuan anda, program MyBaikHati telah dimulakan pada 18 Mac 2021 dan melibatkan enam syarikat telekomunikasi untuk menjayakan program ini.

Seterusnya dapatkan tempat untuk menderma gajet terpakai anda seperti yang dikongsikan disini.

INFO RINGKAS MYBAIKHATI PEMERKASA

Program MyBAIKHATI yang telah bermula pada 18 Mac 2021 merupakan kempen crowdsourcing untuk mengumpul dan membaik pulih alat peranti terpakai bagi kegunaan anak-anak keluarga kumpulan B40.

MyBAIKHATI melibatkan enam syarikat telekomunikasi iaitu:

  1. Celcom Axiata Berhad
  2. Digi Telecommunications Sdn. Bhd.
  3. Maxis Berhad
  4. U Mobile Sdn. Bhd.
  5. Telekom Malaysia Berhad
  6. TIME dotCom Berhad.

Program MyBaikHati akan berlangsung selama 12 bulan bermula di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

May be an image of text that says '#MyBaikHati Program Pengumpulan Sumber Awam (Crowdsourcing) Peranti Komunikasi PEMERKASA Memperkasa Ekonomi #MYBAIKHATI MCMC PUSAT INTERNET KOMUNITI Di manakah peranti tersebut akan diedarkan? Peranti-peranti yang dikumpul melalui kempen MyBakHati akan diedarkan di Pusat Internet Komuniti (PK) terpilih di seluruh negara. Selain itu, juga akan diedarkan melalui NGO dan melalui pusat servis telekomunikasi yang terpilih. JnMultimedaMalaysia MCMC_RASMI SKMM MCMCTV'

Baca juga: 3 Aplikasi Untuk Pengisian Sempena Bulan Ramadan. Muat Turun & Manfaatkannya Sepanjang Ramadan Ini

JENIS GAJET MYBAIKHATI PEMERKASA

Antara jenis gajet yang diterima untuk Program MyBaikHati PEMERKASA ialah:

  • Telefon 4G
  • Laptop
  • Tablet

Semua gajet perlu didermakan dengan set lengkap iaitu mempunyai bateri dan pengecas serta masih boleh digunakan.

Lakukan factory reset sebelum menderma dan matikan ciri Find My iPhone sekiranya anda ingin mendermakan iPhone.

May be an image of text

TEMPAT TERIMA DERMA GAJET TERPAKAI

Tempat yang menerima derma gajet terpakai untuk Program MyBaikHati ialah:

CELCOM

  • Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
  • Prima Gombak, Kuala Lumpur
  • Jalan Ampang, Kuala Lumpur
  • Alamanda, Putrajaya
  • Sunway Pyramid, Selangor
  • Kajang, Selangor
  • Laman Seri, Shah Alam, Selangor
  • Bandar Baru Klang, Selangor

MAXIS

  • Maxis Centre KLCC
  • Maxis Centre TTDI
  • Maxis Centre Nu Sentral
  • Maxis Centre Cheras
  • Maxis Centre iCity Shah Alam
  • Maxis Center Queensbay
  • Maxis Centre Prai
  • Maxis Centre Ipoh
  • Maxis Centre Danga Bay
  • Maxis Centre Taman Molek

MyBaikHati PEMERKASA, Semak Tempat Derma Gajet Terpakai Anda Disini

TM

  • TM Experience Centre Menara TM
  • TMPoint Cyberjaya
  • TMPoint Shah Alam

U MOBILE

  • Berjaya Times Square Experience Centre, Level 1
  • AU2 Shopping Centre
  • Bukit Tinggi, Klang
  • Sunway Pyramid
  • 1 Utama Shopping Centre

TIME

  • HQ TIME, Shah Alam, Selangor

MyBaikHati PEMERKASA, Semak Tempat Derma Gajet Terpakai Anda Disini

DIGI

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...