Apakah Fungsi & Peranan Kerajaan CareTaker? Kemungkinan Besar Ditanya Dalam Interview Anda Nanti!

Kemelut politik yang dihadapi dinegara Malaysia sekarang ini agak meresahkan rakyat kerana dalam masa yang sama, seluruh rakyat sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Terkini rakyat Malaysia dikejutkan dengan istilah baru berkaitan pimpinan kerajaan iaitu Kerajaan atau Perdana Menteri CareTaker.

Apakah fungsi dan peranan Kerajaan CareTaker yang anda perlu tahu? Sila ambil tahu kerana kemungkinan besar perkara ini akan disoal ketika temuduga anda nanti.

APA ITU KERAJAAN CARETAKER?

Konsep kerajaan sementara atau lebih dikenali sebagai caretaker government merupakan satu konsep yang penting bagi memastikan pilihan raya terlaksana secara adil dan bebas.

Setiap kali berlaku pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU), pasti ada pihak-pihak tertentu yang menyuarakan betapa pentingnya melaksanakan konsep kerajaan sementara. Bahkan tuntutan berkaitan kerajaan sementara ini pernah menjadi kes mahkamah.

Manakala beberapa bulan sebelum PRU ke 13 baru-baru ini, pihak jawatan kuasa parlimen telah mengesyorkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan kod etika tata laku dalam masa 3 bulan bagi pelaksanaan kerajaan sementara.

Baca juga: Sedang Tunggu Dipanggil Interview? Cuba Buat Video Resume Daripada Buang Masa & Tampilkan Kreativiti Anda! Tengok Contoh Ini

KRONOLOGI KERAJAAN CARETAKER

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau CareTaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pelantikan sebagai perdana menteri sementara itu diputuskan setelah Seri Paduka berkenan menerima surat peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, serta seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa semalam.

Kerajaan CareTaker boleh menjalankan tugasan rasmi rutin, termasuk kuasa yang diberi di bawah undang-undang bagi memastikan kerajaan berfungsi.

Kerajaan CareTaker boleh meneruskan pelaksanaan dasar serta program sedia ada, berdasarkan peruntukan kewangan yang diluluskan sebelum perdana menteri meletakkan jawatan seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Pelan Pemulihan Negara dan bantuan-bantuan lain.

FUNGSI & PERANAN KERAJAAN CARETAKER

Berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel, Kerajaan CareTaker hanya berfungsi untuk:

  • Mentadbir negara sehingga satu kerajaan baharu dibentuk.
  • Kerajaan CareTaker boleh mengambil tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran Kerajaan.
  • Tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam.

TINDAKAN BOLEH DILAKUKAN KERAJAAN CARETAKER

Antara tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh Kerajaan CareTaker sepanjang tempoh pentadbiran adalah:

  • Menjalankan tugasan rasmi rutin termasuk menjalankan kuasa yang diberi di bawah undang-undang bagi memastikan jentera Kerajaan berfungsi.
  • Mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran Kerajaan.
  • Meneruskan pelaksanaan dasar dan program sedia ada yang mana peruntukan kewangan baginya telah disediakan seperti Profram Imunisasi Kebangsaan (PICK), Pelan Pemulihan Negara dan juga bantuan lain sebelum tarikh Perdana Menteri meletakkan jawatan.
  • Membuat apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji yang mana dasar telah diluluskan oleh Parlimen seperti Belanjawan tahun semasa.
  • Mengadakan dan menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program Kerajaan.

Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

KENYATAAN MEDIA

Anda juga boleh rujuk kenyataan media mengenai fungsi dan peranan Kerajaan CareTaker seperti yang dilampirkan ini.

No photo description available.

May be an image of text that says '(c) meneruskan pelaksanaan dasar dan program sedia ada yang mana peruntukan kewangan baginya telah disediakan seperti Program Imunisasi Kebangsaan (PICK), Pelan Pemulihan Negara dan juga bantuan lain sebelum tarikh Perdana Menteri meletakkan jawatan; (d) membuat apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji yang mana dasar telah diluluskan oleh Kerajaan atau peruntukan mengenainya telah diluluskan oleh Parlimen seperti Belanjawan tahun semasa; dan (e) mengadakan dan menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program Kerajaan. TAN SRI DATO' SERI MOHD ZUKI BIN ALI Ketua Setiausaha Negara 17 Ogos 2021'

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.