Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Bantuan Khas TASKA PEMULIH] RM3,000 Kepada Pengusaha TASKA JKM & KPM. Semak Cara Mohon Disini

1,335

Pandemik Covid-19 yang semakin menular sehingga mendesak Kerajaan melaksanakan PKP 3.0 dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah menyebabkan ramai orang terjejas pendapatan masing-masing.

Antara mereka yang terjejas pendapatan juga termasuklah pengusaha TASKA berdaftar dengan JKM dan KPM diseluruh Malaysia.

Oleh itu, Kerajaan telah menyediakan Bantuan Khas TASKA PEMULIH dengan kadar bantuan sebanyak RM3,000 one-off kepada mereka yang layak.

Baca juga: Insentif RM5,000 Secara One-Off Untuk Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)

INFO RINGKAS BANTUAN KHAS TASKA PEMULIH

Bantuan Khas Taska berjumlah RM3,000 akan diberikan kepada 4,400 pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan itu turut membabitkan, 8,000 pengusaha taman didikan kanak-kanak (TADIKA) swasta seliaan Kementerian Pendidikan.

Pemberian bantuan itu dapat digunakan untuk pelbagai tindakan antaranya keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyah kuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika.

TARIKH PERMOHONAN

Pengusaha TASKA boleh memohon Bantuan Khas TASKA PEMULIH mulai tarikh berikut:

  • 19 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang bakal diterima oleh pengusaha TASKA yang layak adalah sebanyak:

  • RM3.000 secara one-off: TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti
  • RM800 secara one-off: TASKA di rumah

KATEGORI TASKA LAYAK MEMOHON

Antara TASKA yang layak memohon Bantuan Khas TASKA PEMULIH ialah:

  • TASKA Institusi
  • TASKA Di Tempat Kerja
  • TASKA Komuniti
  • TASKA Rumah

CARA MOHON

Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  • Dapatkan Borang Permohonan dan Senarai Semak Permohonan daripada laman web JKM atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan.
  • Seterusnya Pengusaha perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC).
  • Pastikan dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat.
  • Akhir sekali, buat temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang terdekat

KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran adalah seprti berikut:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan khas menerusi pindahan wang secara Electronic Funds Transfer (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA.

[Bantuan Khas TASKA PEMULIH] RM3,000 Kepada Pengusaha TASKA JKM & KPM. Semak Cara Mohon Disini

Baca juga: Pendaftaran Program Intervensi Awal Pusat Anis Kini Di Buka. Ini Syarat & Dokumen Diperlukan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Khas TASKA PEMULIH sila hubungi:

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan.
  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM: 03-8323 1996
  • Talian Kasih: 15999
  • WhatsApp Talian Kasih: 019-2615999
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...