Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Selepas Ini Dah Boleh Uji & Kesan Status Covid-19 Sendiri Di Rumah. Ini 2 Kit Ujian Kendiri Covid-19

1,441

Pada 18 Julai 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan dua kit ujian kendiri dan kelulusan adalah secara bersyarat.

Untuk makluman anda juga, KKM telah mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan dalam negara.

Apakah nama 3 kit ujian kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat dari KKM dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

INFO RINGKAS KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

Berikut adalah info ringkas Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang boleh dilakukan dirumah untuk rujukan anda:

  • Membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan COVID-19 sekaligus membantu mengurangkan bebanan petugas kesihatan.
  • Penggunaan kit ujian ini tidak menggantikan fungsi diagnostik Reverse transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) tetapi boleh digunakan oleh orang awam untuk menjalankan saringan kendiri bagi mendapat keputusan mengenai status jangkitan COVID-19 mereka dengan cepat dan mudah sebelum tindakan selanjutnya diambil.
  • Menggunakan kit ujian ini dengan cara yang betul mengikut arahan penggunaannya (instruction for use) dan melupuskannya dengan tatacara yang selamat serta mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya termasuk melaporkan keputusan ujian yang diperolehi.

Baca juga: Cara Claim RM50 MySalam Jika Dikuarantin Atau Sah Positif COVID19

2 KIT KENDIRI COVID-19, UJI & KESAN STATUS COVID-19

Antara 2 Kit Kendiri Covid-19 yang boleh anda uji dan kesan status Covid-19 ialah:

  • Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia
  • Gmate COVID-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea

TUJUAN KEGUNAAN 2 KIT KENDIRI COVID-19

Tujuan kegunaan 2 Kit Kendiri Covid-19 adalah seperti berikut:

Kit Salixium COVID-19

  • Digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen (self test)saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung)

Kit Gmate® COVID-19

  • Digunakan bagi tujuan TK-antigen (self test) saliva sample (sampel air liur)
Nota: Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA, menurut KKM.

LOKASI JUALAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

Anda boleh dapatkan 2 Kit Kendiri Covid-19 ini di:

  • Farmasi
  • Fasiliti Swasta yang berdaftar

Baca juga: [Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH] RM500 Setiap Bulan Selama 3 Bulan OKU Hilang Kerja. Ini Cara Mohonnya

Selepas Ini Dah Boleh Uji & Kesan Status Covid-19 Sendiri Di Rumah. Ini 2 Kit Ujian Kendiri Covid-19

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...