Cara Claim RM50 MySalam Jika Dikuarantin Atau Sah Positif COVID19

Ramai tidak tahu bahawa mySalam menyediakan satu inisiatif berupa sumbangan sebanyak RM50 sehari sekiranya anda dikuarantin sekiranya Pesakit Dalam Siasatan (PUI) dan disahkan positif Covid-19.

Pelan perlindungan mySalam ini telah ditambahbaik dengan penambahan dimana mereka yang dikuarantinkan sebagai PUI boleh membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin wajib.

INFO RINGKAS MYSALAM

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN MYSALAM COVID-19

Untuk membuat tuntutan bantuan mySalam, anda boleh lakukannya secara online atau manual di kiosk mySalam. Berikut adalah cara-cara untuk membuat tuntutan secara online:

  • Log masuk ke portal mySalam. Masukkan nombor kad pengenalan penerima / pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup.
  • Seterusnya masukkan kata laluan.
  • Klik TUNTUTAN seterusnya PENYERAHAN TUNTUTAN.
  • Pilih TUNTUTAN HOSPITALISASI mengikut salah satu daripada 3 kategori berikut:
  • Pesakit Positif Covid-19
  • Disyaki Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM
  • Disyaki Covid-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri.
  • Isikan butiran berikut:
  • Tarikh masuk wad / mula kuarantin
  • Tarikh keluar wad / tamat kuarantin
  • Nama hospital / premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
  • Muat naik dokumen berikut dan klik LAMPIRKAN.
  • Kad pengenalan (depan & belakang)
  • Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
  • Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
  • Klik HANTAR kemudian klik SAYA SETUJU dan permohonan anda akan diproses.
  • Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.

Cara Claim RM50 MySalam Covid-19 Jika Dikuarantin Atau Sah Positif

Untuk membuat pendaftaran dengan Skim mySalam, rujuk sahaja disini dan dapatkan cara-cara mendaftar langkah demi langkah.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan proses tuntutan, anda boleh membuat pertanyaan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.