Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik Anak-Anak Veteran ATM Sehingga RM1,500 Seorang

1,811

Anak-anak veteran ATM yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Awam/Politeknik serta mengalami masalah kewangan di musim Covid-19 ini, boleh memohon Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik yang disediakan JHEV ATM.

Adakah anda layak untuk memohon Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik JHEV ATM?

Semak syarat kelayakan dan dapatkan bantuan yang disediakan JHEV ATM sehingga RM1,500 disini.

Baca juga: Kadar Bantuan RM300 Sebulan Untuk Veteran ATM Melalui Skim Bantuan Sara Hidup

APA ITU SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) / POLITEKNIK?

Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik JHEV ATM ialah:

  • Bantuan kewangan bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik bagi anak-anak Veteran ATM.
  • Sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah:

  • RM1,000: Pengajian peringkat Diploma.
  • RM1,500: Pengajian peringkat Ijazah Pertama.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik JHEV ATM adalah:

  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
  • Kelayakan anak yang menyambung pelajaran:
    • Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik.
    • Dihadkan kepada Pelajar Universiti Awam (UA) dan Politeknik sahaja
    • Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
    • Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan
    • Semua kursus pengajian professional* TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
    • Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK
Nota: * Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan bagi Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik JHEV ATM ialah:

  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh SETAHUN dari tarikh kemasukan / pendaftaran ke Universiti Awam / Politeknik
  • Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama
  • Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut: Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019)
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di: Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.

Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik Anak-Anak Veteran ATM Sehingga RM1,500 Seorang

Baca juga: Cara Mohon LPPSA i-Prihatin, Perlindungan Untuk Pelanggan Status Aktif Dengan Perlindungan Kewangan Tambahan Sehingga RM100,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik JHEV ATM sila hubungi Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri  atau di talian:

  • Telefon: 03-2050 8000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...