Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Betul Ke Bayaran Pengeluaran i-Citra Diberikan Keutamaan Berbanding Bayaran Pengeluaran Lain? Ini Jawapan Dari KWSP

1,723

Pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran wang Inisiatif i-Citra sudah sedia maklum bahawa pengeluaran kali ini akan mengutamakan pengeluaran daripada Akaun 2 terlebih dahulu yang disediakan bagi tujuan bayaran pinjaman rumah, perbelanjaan perubatan serta pendidikan.

Namun, KWSP menerangkan bahawa sebarang akses bagi pengeluaran Akaun 1 sebaliknya akan hanya dilakukan sekiranya jumlah simpanan Akaun 2 ahli atau pemohon terbukti tidak mencukupi.

Rujuk: Wang Simpanan Akaun 2 & Akaun 1 KWSP Diguna Untuk Pengeluaran iCITRA. Semak Pembahagiannya Disini

PEMBAHAGIAN PENGELUARAN i-CITRA

Untuk pengetahuan anda:

  • Simpanan dalam Akaun 2 anda akan digunakan terlebih dahulu dan jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan.

JUMLAH PENGELUARAN DILULUSKAN

Jumlah pengeluaran yang diluluskan itu akan dibayar bagi tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000 serta tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Semua ahli berusia di bawah 55 tahun adalah layak memohon i-Citra dengan jumlah pengeluaran sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki dalam Akaun 1 dan 2.

Betul Ke Bayaran Pengeluaran i-Citra Diberikan Keutamaan Berbanding Bayaran Pengeluaran Lain? Ini Jawapan Dari KWSP

Nota:

  • Amaun bayaran dibundarkan ke bawah kepada nilai puluh terdekat.
  • Bayaran pengeluaran ini tidak menjejaskan bayaran bulanan i-Sinar ahli yang masih berjalan.

BAYARAN i-CITRA DIUTAMAKAN

Untuk pengetahuan anda, walaupun anda membuat pengeluaran iSinar dan bakal dikreditkan dalam tempoh yang mungkin sama:

  • Bayaran i-Citra akan diberikan keutamaan berbanding bayaran pengeluaran yang lain. 
  • Sekiranya anda juga menerima bayaran i-Sinar dan Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan, keutamaan akan diberikna kepada bayaran tersebut.

Betul Ke Bayaran Pengeluaran i-Citra Diberikan Keutamaan Berbanding Bayaran Pengeluaran Lain? Ini Jawapan Dari KWSP

Baca juga: Nak Batalkan Permohonan iCitra KWSP & Nak Buat Pindaan Amaun? Ini Jawapannya

BAYARAN iCITRA TERHENTI

Bayaran bulanan i-Citra akan terhenti sekiranya:

  • Ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun
  • Terdapat apa-apa pengeluaran penuh diluluskan (contoh: Pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kematian dll
  • Ahli membuat pembatalan i-Citra

SEMAKAN STATUS TERKINI PERMOHONAN i-CITRA

Anda boleh membuat semakan status terkini permohonan iCitra melalui:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra sila hubungi saluran berikut:

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...