Wang Simpanan Akaun 2 & Akaun 1 KWSP Diguna Untuk Pengeluaran iCITRA. Semak Pembahagiannya Disini

Walaupun kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP pencarum selepas iLestari dan iSinar, namun ramai lagi yang keliru dengan kaedah pengeliaran iCitra KWSP.

Ini adalah kerana kebanyakan pemohon keliru sama ada wang yang akan dikeluarkan adakah daripada akaun 2 atau akaun 1 KWSP masing-masing.

KWSP telah tampil menjelaskan kepada semua pemohon melalui infografik untuk menjelaskan kekeliruan masing-masing agar semua pemohon lebih faham sama ada wang akaun 2 atau akaun 1 yang akan digunakan nanti.

Baca juga: Jangan Risau, Baki Bayaran iSinar Tetap Dikreditkan Walaupun Lulus i-Citra. Ini Perbezaan iSinar & iCitra

CARA PEMBAHAGIAN PENGELUARAN ICITRA AKAUN 1 & AKAUN 2 KWSP

Untuk pengetahuan anda:

  • Simpanan dalam Akaun 2 anda akan digunakan terlebih dahulu dan jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan.

INFOGRAFIK KAEDAH PEMBAHAGIAN PENGELUARAN ICITRA AKAUN 1 & AKAUN 2 KWSP

Masih lagi belum faham? Anda boleh rujuk infografik berikut dan lihat bagaimana pengeluaran kedua-dua akaun 1 dan akaun 2 KWSP digunakan untuk pengeluaran iCitra anda.

KAEDAH 1

Bagi kaedah ini, akaun 2 pemohon adalah melebihi RM5,000. Jadi, hanya wang daripada akaun 2 pemohon sahaja terlibat untuk pengeluaran iCitra.

Wang Simpanan Akaun 2 & Akaun 1 KWSP Diguna Untuk Pengeluaran iCITRA. Semak Pembahagiannya Disini

KAEDAH 2

Bagi kaedah 2 pula, baki akaun 2 Adam hanya mempunyai baki sebanyak RM3,150 dan bakinya akan dikeluarkan melalui akaun 1.

KAEDAH 3

Sementara itu, bagi mereka yang mempunyai baki akaun sekurang-kuranngya RM150 di dalam akaun 2 pula, semua wang tersebut akan dikeluarkan dan bakinya akan diambil dari akaun 1 pemohon.

Adakah anda sudah jelas?

Jika jelas, anda boleh membuat permohonan mulai 12 Julai 2021 secara online dan klik pautan dibawah untuk mendapatkan syarat kelayakan serta cara membuat perohonan iCitra KWSP.

Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pengeluaran iCitra KWSP di:

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.