Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Risau, Baki Bayaran iSinar Tetap Dikreditkan Walaupun Lulus i-Citra. Ini Perbezaan iSinar & iCitra

1,238

Pemohon yang iSinar terutamanya Kategori 2 tidak perlu risau dengan baki bayaran kerana ia tetap dikredtikan ke akaun anda walaupun permohonan i-Citra anda telah diluluskan.

Ini kerana penyaluran bantuan i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan membatalkan baki bayaran yang akan dibuat menerusi inisiatif i-Sinar.

Jadi, jangan risau dengan baki bayaran iSinar anda ya!

Rujuk: Tarikh Bayaran Akhir iSinar Kategori 2

BAYARAN BAKI iSINAR TIDAK DIBATALKAN

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz:

  • Baki bantuan i-Sinar akan diteruskan dikreditkan kepada pencarum yang diluluskan dan bayaran adalah pada bulan Julai 2021.
  • Bayaran adalah bermula pada 10 Julai 2021.

Jangan Risau, Baki Bayaran iSinar Tetap Dikreditkan Walaupun Lulus i-Citra. Ini Perbezaan iSinar & iCitra

PERBEZAAN iSINAR & iCITRA

Terdapat beberapa perbezaan antara iSinar iaitu:

iSINAR

  • i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
  • Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

iCITRA

  • Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.

Rujuk: Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

TARIKH PERMOHONAN i-CITRA

Permohonan i-Citra boleh dibuat mulai:

  • 15 Julai ini dengan pembayaran pertama akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos ini.

Jangan Risau, Baki Bayaran iSinar Tetap Dikreditkan Walaupun Lulus i-Citra. Ini Perbezaan iSinar & iCitra

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...