Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

iSinar dan iLestari tidak diteruskan tetapi Kerajaan telah mengumumkan untuk membenarkan pengeluaran wang KWSP pencarum melalui iCitra.

iCitra KWSP dibenarkan pengeluarannya sehingga RM5,000 dan dikreditkan ke akaun bank pemohon masing-masing setiap bulan sebanyak RM1,000.

Dapatkan cara membuat permohonan iCitra KWSP sebanyak RM5,000 secara online seperti yang dikongsikan disini.

INFO RINGKAS iCITRA

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

TARIKH PERMOHONAN iCITRA

Permohonan iCitra boleh dibuat mulai:

  • 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021

TARIKH PEMBAYARAN iCITRA KWSP

Bayaran iCitra KWSP akan dikreditkan ke akaun pemohon masing-masing mula:

  • Ogos 2021

KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Nota: Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

KELAYAKAN AMAUN PENGELUARAN

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Nota: Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.
Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:

  • https://icitra.kwsp.gov.my/
  • Pilih Permohonan.
  • Isikan nombor MyKad/ MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Klik Teruskan dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
  • Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran.
  • Skrin akan memaparkan jumlah maksimum Amaun Pilihan Pengeluaran.
  • Tetapkan Amaun Pilihan anda dengan menggerakkan penunjuk.
  • Klik Teruskan dan lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji selidik. Klik Teruskan.
  • Semak semua maklumat dan tandakan √ sebelum klik Hantar.
  • Permohonan anda selesai.

Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

Nota: Portal iCitra KWSP hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

SEMAKAN JUMLAH SIMPANAN KWSP

Anda boleh membuat semakan jumlah simpanan KWSP melalui:

  • i-Akaun (Ahli)
  • Aplikasi mudah alih i-Akaun
  • Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Rujuk: i-Akaun: Cara Daftar & Dapatkan TAC Di Kiosk KWSP. Mudah & Cepat

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pengeluaran iCitra KWSP di:

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.