Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Guru DG41 One-Off, Bila Tarikh Akhir Serah Dokumen Yang Diperlukan Melalui Emel? Semak Jawapan Disini

15,889

Permohonan Guru DG41 One-off telah dibuka pada 7 Julai 2021 yang lalu secara online melalui laman rasmi MySPP.

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan opsyen dan syarat permohonan Guru DG41 One-Off seperti yang dikongsikan melalui pautan ini.

Rujuk: Guru DG41 One-Off, Ini Senarai Opsyen Mengikut Kategori & Semak Syarat Lantikan Sebelum Buat Permohonan Anda

Namun terdapat keraguan dimana terdapat satu arahan yang agak mengelirukan iaitu, “Penyerahan Dokumen Hanya Pada 21 Julai 2021”. Ini jawapannya.

TARIKH PERMOHONAN GURU DG41 ONE OFF

Tarikh permohonan Guru DG41 One Off adalah bermula pada:

  • 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021(sebelum jam 11.59 malam).

TARIKH SERAHAN DOKUMEN GURU DG41 ONE-OFF

Untuk menjelaskan kekeliruan pemohon, ini jawapan yang diperolehi oleh Ifa Safirah Abd Rahim setelah membuat panggilan ke SPP:

  • Penyerahan dokumen penting boleh dibuat PADA BILA MASA-MASA SEBELUM JAM 11.59 PM, 21 JULAI 2021.

JAWAPAN KEKELIRUAN MENGENAI PERMOHONAN GURU DG41 ONE-OFF

Selain daripada kekeliruan tarikh penyerahan dokumen Guru DG41 one-off, terdapat kekeliruan yang lain iaitu:

PALANG SPP 

  • Untuk pengetahuan anda, palang SPP dokumen Guru DG41 One-Off mesti dibuat di BAHAGIAN TENGAH DOKUMEN seperti contoh yang diberikan oleh SPP.

Guru DG41 One-Off, Bila Tarikh Akhir Serah Dokumen Yang Diperlukan Melalui Emel? Semak Jawapan Disini

PEMILIHAN HAD OPSYEN

  • Pemilihan opsyen TIDAK DIHADKAN, anda dibenarkan untuk memohon seberapa opsyen yang bersesuaian DENGAN MENGHANTAR EMEL BERASINGAN (MENGIKUT OPSYEN).
  • Contohnya: Anda mohon opsyen Pendidikan Islam dan Dini. Jadi, anda perlu menghantar dokumen kepada 2 alamat emel yang berbeza mengikut opsyen dengan mengikut format yang betul (dengan menyatakan opsyen yang dipilih).

Guru DG41 One-Off, Bila Tarikh Akhir Serah Dokumen Yang Diperlukan Melalui Emel? Semak Jawapan Disini

Rujuk: Guru DG41 One-Off, Ini Senarai Opsyen Mengikut Kategori & Semak Syarat Lantikan Sebelum Buat Permohonan Anda

SOALAN LAZIM PERMOHONAN GURU DG41 SPP

Selain itu, anda juga boleh merujuk soalan lazim seperti yang telah dikongsikan untuk menjawab persoalan anda mengenai permohonan Guru DG41 One-Off:

Nak Mohon Guru DG41 One Off Melalui MySPP?, Baca Soalan Lazim Ini Dahulu!

Atau terus rujuk pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi :

  • Talian Hotline mySPP : 03-8091 4019 / 4020 / 4021 / 4022
  • Waktu operasi : Isnin – Jumaat / 8 pagi – 5 petang.
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam : SPP (SISPAA-SPP)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...