Nak Mohon Guru DG41 One Off Melalui MySPP? Baca Soalan Lazim Ini Dahulu!

Mulai 7 Julai 2021, graduan pendidikan dan bukan pendidikan yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Guru DG41 seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sudah boleh membuat permohonan melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (MySPP).

Malahan, anda juga boleh mengemaskini maklumat terkini sekiranya sebelum ini anda telah membuat permohonan di MySPP.

Sebelum membuat permohonan, sila baca dahulu soalan lazim yang telah dikongsikan disini beserta jawapan yang telah disediakan buat anda.

Baca juga: Terkini! Ini Cara Mohon Guru DG41 One-Off Serta Semak Syarat Kelayakan Disini. Layak? Mohon Segera Melalui SPP!

INFO RINGKAS PERMOHONAN GURU DG41 ONE-OFF MYSPP

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

TARIKH PERMOHONAN GURU DG41 ONE OFF

Tarikh permohonan Guru DG41 One Off adalah bermula pada:

  • 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021(sebelum jam 11.59 malam).

Terkini! Ini Cara Mohon Guru DG41 One-Off Serta Semak Syarat Kelayakan Disini. Layak? Mohon Segera Melalui SPP!

2 OPSYEN YANG DITAWARKAN

Terdapat 2 pembahagian opsyen yang ditawarkan iaitu:

  • Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah
  • Opsyen bagi SJKC di Semenanjung, Sarawak dan Sabah

Semak senarai penuh opsyen disini: https://www.spp.gov.my/

SOALAN LAZIM

Nak Mohon Guru DG41 One Off Melalui MySPP?, Baca Soalan Lazim Ini Dahulu!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Guru DG41 One-Off, sila hubungi:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.