Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mudah Nak Letak Watermark Pada IC Menggunakan Apps Yang Ada Pada Smartphone Anda

26,941

Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan daripada dokumen kad pengenalan anda disalahgunakan oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menasihatkan orang ramai untuk membuat palang atau membuat watermark pada salinan kad pengenalan sebelum menghantarnya kepada individu tertentu.

Malahan, anda boleh menggunakan apps pada smartphone anda sahaja untuk membuat palang atau watermark seperti mana yang telah dikongsikan ini.

PERINGATAN DARIPADA JPN

JPN melalui Facebook mereka telah mengingatkan orang ramai untuk membuat palang atau watermark pada salinan ic masing-masing sebelum menghantarnya kepada syarikat atau individu untuk urusan anda.

Cara Mudah Nak Letak Watermark Pada IC Menggunakan Apps Yang Ada Pada Smartphone Anda

Baca juga: [Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH] RM500 Setiap Bulan Selama 3 Bulan OKU Hilang Kerja. Ini Cara Mohonnya

CARA BUAT WATERMARK DARI SMARTPHONE

Untuk membuat watermark dari smartphone anda, mudah sahaja dan ikut langkah-langkah berikut:

Imbas Kad Pengenalan

  • Anda boleh menggunakan aplikasi ApnaScan bagi telefon android atau terus ambil gambar dari smartphone anda.
  • Jika menggunakan ApnaScan, anda hanya boleh mengambil gambar kad pengenalan anda dengan mengisi framing gambar.
  • APP akan meminta anda menyunting kedudukan 4 penjuru dokumen. Di sinilah anda boleh perbetulkan sudut gambar dokumen.
  • Klik SAVE dan klik SHARE. Seterusnya klik SAVE IMAGE TO GALLERY.

Cara Mudah Nak Letak Watermark Pada IC Menggunakan Apps Yang Ada Pada Smartphone Anda

Buka Apps Snapseed

  • Seterusnya anda buka aplikasi Snapseed.
  • Buka gambar salinan ic dan telah disimpan pada SAVE IMAGE TO GALLERY.
  • Klik pada TOOLS dan cari TEXT.
  • Untuk meletakkan ayat pada TEXT, klik dua kali atau double tap untuk meletakkan ayat watermark anda pada salinan ic.

Cara Mudah Nak Letak Watermark Pada IC Menggunakan Apps Yang Ada Pada Smartphone Anda

  • Klik EXPORT dan SAVE. Salinan ic anda yang lengkap dengan watermark akan disimpan di dalam folder Snapseed anda.

Cara Mudah Nak Letak Watermark Pada IC Menggunakan Apps Yang Ada Pada Smartphone Anda

APLIKASI LAIN EDIT WATERMARK

Terdapat aplikasi lain yang boleh anda gunakan untuk membuat watermark pada ic dan dokumen anda iaitu:

  1. PicsArt Photo Editor
  2. Pixlr
  3. Airbrush
  4. Photo Lab
  5. PhotoDirector
  6. Canva

Selamat mencuba ya!

Baca juga: Cara Mohon Program KerjayaGIG PEMULIH, RM600 Untuk Pekerja Sehingga 6 Bulan, RM200 Kepada Majikan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...