Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Kemasukan Ke Tingkatan Satu Ke Sekolah Seni Malaysia. Mohon Secara Online Sebelum Tarikh Tutup

1,615

Pelajar Tahun Enam 2021 sudah boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia bagi tahun 2022 yang telah dibuka permohonannya.

Ibu bapa dan pelajar Tahun Enam juga boleh membuat permohnan mulai 15 Julai sehingga tarikh tutupnya pada 30 September 2021 ini.

Untuk pengetahuan anda juga, permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia bagi tahun 2022 adalah secara online sahaja.

APA ITU SEKOLAH SENI MALAYSIA?

Sekolah Seni Malaysia adalah:

  • Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Baca juga: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) RM300 Lepasan Sekolah, Graduan Dibuka Untuk Permohonan. Ini Syarat Kelayakannya

TARIKH PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan mulai:

  • 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021

OBJEKTIF SEKOLAH SENI MALAYSIA

Objektif Sekolah Seni Malaysia ialah:

  • Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
  • Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
  • Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
  • Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
  • Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

SYARAT PERMOHONAN SEKOLAH SENI MALAYSIA

Syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (SeniVisual/Tari/Teater/Muzik)
  • Sihat tubuh badan
  • Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan untuk ke Sekolah Seni Malaysia adalah seperti berikut:

  • Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan
  • Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)
  • Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  • Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  • Mengemukakan rekod kesihatan murid
  • Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan

Cara Mohon Kemasukan Ke Tingkatan Satu Ke Sekolah Seni Malaysia. Mohon Secara Online Sebelum Tarikh Tutup

Baca juga: Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2. Mohon Secara Online

CARA MOHON

Untuk memohon, anda hanya perlu lakukan seperti berikut:

Cara Mohon Kemasukan Ke Tingkatan Satu Ke Sekolah Seni Malaysia. Mohon Secara Online Sebelum Tarikh Tutup

  • Log masuk dan buat permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia di:

  • Pn Zuraini Binti Abu Hassan: 03-88721616
  • Cik Noor Azilah Binti Ismail: 03-88721760
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...