Cara Mohon Bantuan Latihan Perintis JKM RM200 Sebulan Seorang. Dapatkan Borang Permohonan Disini

Terdapat pelbagai jenis bantuan yang dihulurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) termasuk bantuan wang secara bulanan kepada mereka yang memerlukan.

Selain daripada bantuan kepada golongan OKU, bantuan kanak-kanak dan bantuan Orang Tua, anda yang tidak mampu juga dipelawa untuk memohon Bantuan Latihan Perantis (BLP).

Sekiranya lulus permohonan, anda akan menerima bantuan sebanyak RM200 setiap bulan seorang.

Baca juga: JKM: Cara Daftar, Semakan Dan Kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online

TUJUAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Tujuan utama Bantuan Latihan Perantis (BLP) JKM ialah:

  • Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

KADAR BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Kadar bantuan yang akan diterima oleh pemohon ialah:

  • RM200 sebulan seorang

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Baca dahulu syarat kelayakan permohonan Bantuan Latihan Perantis (BLP) berikut sebelum anda memohon:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan.
  • Kes-kes seliaan akhlak.
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

CARA MOHON

Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  • Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi maklumat yang diperlukan pada borang.

DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN

Seterusnya hantar borang permohonan anda beserta dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad pengenalan pemohon
  • Salinan Kad pengenalan/Mykid/Sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja
  • Salinan Kad OKU/Slip pendaftaran sementera bagi pemohon OKU
  • Salinan Sijil kematian/Perceraian jika berkaitan
  • Pengesahan rawatan dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan jika berkaitan
  • Penyata pendapatan atau surat penegsahan pendapatan dari majikan/surat akuan pendapatan jika bekerja sendiri
  • Laporan dari agensi lain yang berkaitan (AADK/Polis/Penjara dan lain-lain) untuk pengesahan alamat
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti air/elektrik/telefon/Astro dan lain-lain untuk pengesahan alamat.

Juga jangan lupa untuk muat turun dan isi Borang Kaji semula Bantuan Kewangan JKM disini.

Baca juga: RM500 Seorang, Bantuan Untuk 3 Bulan Bantu OKU Hilang Pekerjaan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh menghubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat di saluran berikut untuk dapatkan maklumat lanjut atau kemukakan pertanyaan mengenai Bantuan Latihan Perintis (BLP):

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
  • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.