Golongan asnaf sememangnya tidak dilupakan dan menajdi keutamaan pihak Baitulmal untuk memberikan bantuan atau sumbangan dalam pelbagai bentuk. Ini termasuk bantuan untuk membina atau membaiki rumah mereka.
OBJEKTIF BANTUAN
- Membantu golongan asnaf menjalani kehidupan yang lebih selesa dan selamat bersama keluarga masing-masing.
SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN MEMBINA / MEMBAIKI RUMAH
Sebelum membuat permohonan, sila semak kelayakan permohonan bantuan membinan atau membaiki rumah seperti berikut :
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermaustatin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
DOKUMEN SOKONGAN
Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan dokumen sokongan berikut :
1. Borang permohonan.
2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
3. Satu salinan kad pengenalan :
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
5. Satu salinan bil utiliti / cukai pintu rumah didiami.
6. Satu salinan geran tanah atas nama pemohon sendiri / penama bersama (bagi kes pusaka)
7. Surat persetujuan / kebenaran membina rumah daripada saudara mara yang mempunyai hak keatas tanah pusaka.
8. Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
CONTOH SURAT AKUAN SUMPAH PENJAGAAN

CONTOH SURAT AKUAN SUMPAH PENDAPATAN

LAIN-LAIN DOKUMEN YANG BERKAITAN
Anda juga digalakkan untuk kepilkan bersama dokumen yang berkaitan dengan permohonan ini seperti :
Keluarga Bercerai
- Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli Keluarga Telah Meninggal Dunia
- Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara Baru
- Satu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya
- Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap Sakit Kronik
- Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang Mengikuti Pengajian di IPT
- Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga Bermasalah
- Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis
- Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.
PENGHANTARAN PERMOHONAN
Serahkan dokumen permohonan anda di :
- Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,Aras G,1,20,22,Bangunan PERKIM No. 150,Jalan Ipoh,51200 Kuala Lumpur. - Telefon : 03- 4047 9444
- Faks : 03- 4044 9444
INFO SELANJUTNYA
Info selanjutnya mengenai bantuan membina atau membaiki rumah MAIWP,sila hubungi :
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA. - Telefon : 03 – 8871 5000
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN - Telefon : 087-418 515 / 512
- Faks : 087-418 514