Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sediakan 3 Dokumen Ini & Dapatkan Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan Sehingga RM2,000 Tunai

1,493

Pengusaha pencongan di Negeri Sembilan dipelawa untuk memohon Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan dengan peruntukan sehingga RM1.71 juta.

Setiap pengusaha pelancongan akan menerima bantuan bermula dari RM250 sehingga RM2,000 mengikut kategori.

Teruskan bacaan anda dan dapatlan cara membuat permohonan Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan one-off sehingga RM2,000 disini.

Baca juga: [Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH] RM500 Setiap Bulan Selama 3 Bulan OKU Hilang Kerja. Ini Cara Mohonnya

INFO RINGKAS BANTUAN ONE-OFF INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN

Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan diwujudkan kerana:
  • Kerajaan Negeri menyedari situasi yang dihadapi oleh penggiat industri pelancongan di negeri ini sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda sejak Mac 2020 yang lalu.
  • Kekurangan atau hampir tiada pelancong mahupun pengunjung, ditambah sekatan pergerakan merentas daerah dan negeri, kekangan kewangan bagi menampung kos pengoperasian seperti cukai, utiliti, penyelenggaraan, gaji, promosi dan pemasaran semestinya menjadi cabaran terbesar untuk sektor ini.

SENARAI INSENTIF BANTUAN ONE-OFF INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN

Berikut adalah perincian mengenai senarai insentif Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan yang akan disalurkan iaitu:

 

  • Bantuan tunai one-off kepada Persatuan Pelancongan Peringkat Negeri sebanyak RM2,000. Persatuan yang akan mendapat manfaat ini adalah Malaysia Association of Hotel (MAH NS), Malaysia Budget & Business Hotel (MyBHA NS), Malaysia Association of Tours & Travel Agent (MATTA) dan Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia (BUMITRA).
  • Bantuan tunai one-off sebanyak RM2,000 kepada Pengurusan Rumah Inap atau Homestay yang masih aktif dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Sebanyak 7 buah Pengurusan Rumah Inap yang masih aktif dalam Negeri Sembilan akan mendapat manfaat ini iaitu:1.Homestay Pelegong, Seremban
    2.Homestay Lonek, Jempol
    3.Homestay Rawa, Lenggeng
    4.Homestay Pachitan, Port Dickson
    5.Homestay Kuala Klawang Jelebu
    6. Homestay D’ Pelanduk Best, Port Dickson
    7.Homestay Kampung Sg. Buloh, Jelebu.

    Keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM14,000.00.

  • Bantuan tunai one-off kepada Pemandu Pelancong Negeri Sembilan yang berdaftar dengan pihak MOTAC sebanyak RM250 yang akan memanfaatkan sejumlah 91 orang Pemandu Pelancong di bawah Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Sembilan (NSTGA).
  • Diskaun atau rebat Cukai Taksiran bagi segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi penggal kedua tahun 2021. Insentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM1.51 juta.
  • Diskaun atau rebat bagi Fi atau Lesen Perniagaan segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi tahun 2022. Insentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM123,000.00. Kedua-dua diskaun dan rebat ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 150 buah hotel dan penginapan di seluruh Negeri Sembilan.

KADAR BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

Kadar bantuan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

Persatuan Pelancongan (Peringkat Negeri)

  • RM2,000 one-off

Rumah Inap (Homestay)

  • RM2,000 one-off

Pemandu Pelancong Negeri Sembilan

  • RM250 one-off

DISKAUN/REBAT

Dsikaun/rebat yang akan diberikan kepada pula seperti berikut:

Diskaun/Rebat Taksiran Hotel

  • 50% bagi penggal ke-2 tahun 2021: RM1,510,031

Diskaun/Rebat Perniagaan Hotel

  • 50% bagi tahun 2022: RM123,745

3 DOKUMEN DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan ialah:

  • Salinan kad pengenalan
  • Nombor pendaftaran Keahlian Persatuan & Salinan Kad Keahlian/Sijil Keahlian
  • Nombor Akaun dan Salinan Penyata Akaun

Emelkan dokumen berikut ke emel berikut untuk lengkapkan permohonan anda:

Tajuk yang perlu diletakkan pada emel anda ialah:

  • PERMOHONAN BANTUAN ONE-OFF PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN BAGI KATEGORI_________________________

May be an image of text that says 'Sembilan BANTUAN ONE-OFF INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN 1.71 JUTA PERSATUAN PELANCONGAN (Peringkat Negeri) RM 2,000 HOMESAY MALAYSIA Rumah Inap (Homestay) RM 2,000 Permohonan boleh Pemandu Pelancong Negeri Sembilan (NSTGA) RM 250 Seorang buat melalui emel lembagapelancongan@ns.gov.my INSIGANOIE Diskaun Rebat Taksiran Hotel (50% bagi penggal ke- tahun 2021 Diskaun Rebat Perniagaan Hotel (50% bagi Tahun 2022) RM1,510,031 RM 123, 745 n9tourism'

Baca juga: RM200 Sebulan. Ini Cara Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak HDC Bagi B40

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat selanjutnya mengenai Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan sehingga RM2,000 secara one-off di talian berikut:

  • 06-765 9734
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...