Bantuan Kerajaan

Bantuan Pakej Pelan Data & Diskaun Peranti Pelajar IPT B40

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

27 January 2021
2 min baca
Isi Kandungan

Semenjak PKP 2.0 dilaksanakan, pelbagai inisiatif telah disediakan oleh kerajaan untuk membantu rakyatnya dan para pelajar sekolah serta pelajar IPT juga tidak terkecuali untuk menerima pelbagai bantuan untuk tujuan kemudahan pembelajaran.

Antaranya ialah, bantuan telefon pintar YTL Foundation, pelan data internet 1GB percuma dan pakej data yang dilanjutkan sehingga April dan Laptop & Tablet Inisiatif Cerdik Yayasan Hasanah.

Terkini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan satu inisiatif kepada semua pelajar golongan B40 iaitu Pelan Data dan Peranti secara bersasar.

PELAN DATA & DISKAUN PERANTI PELAJAR IPT B40

Inisiatif ini juga merangkumi tawaran terbaik daripada pembekal data dan peranti kepada pelajar seperti berikut:

PELAN DATA

SYARIKAT PEMBEKAL PAKEJ ISTIMEWA
CELCOM EL30 RM30
CELCOM XPAX 35 RM35
MAXIS HOTLINK RM30 / RM40 / RM50
DIGI RM28 / RM35
UNIFI MOBILE (PASCA BAYAR) RM59
UNIFI MOBILE (PRABAYAR) RM35

PERANTI

SYARIKAT PEMBEKAL PAKEJ ISTIMEWA CATATAN
ACER STUDENT PURCHASE PROGRAM-MOHE 5-7% DISKAUN PRODUK TERPILIH
SAMSUNG EDUCATION STORE BERMULA 15% BAGI SEMUA PRODUK & AKSESORI
EDUCATION AOS STORE HOME ANTARA RM85 – RM420 MENGIKUT JENIS PRODUK

SKIM BSN MyRINGGIT-COMSIS

Kementerian Pengajian Tinggi )KPT) juga telah membincangkan inisiatif pinjaman kewangan di bawah Skim BSN MyRinggit-COMSIS bersama BSN untuk tujuan pembelian laptop oleh pelajar IPT.

Ini adalah kerana KPT sangat komited untuk memastikan semua pelajar IPT tidak ketinggalan dan mampu mendapatkan capaian internet walau di mana berada.

KENYATAAN MEDIA PELAN DATA & DISKAUN PERANTI

Bantuan Pakej Pelan Data & Diskaun Peranti Pelajar IPT B40

SUMBER

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.