Bantuan Pelan Data & Peranti B40 Untuk Pelajar IPT. Ini Cara Mohon

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) mendapat perkhabaran gembira apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan akan memberikan bantuan Pakej Pelan Data dan Peranti pada 30 Oktober yang lalu. Bantuan ini dikhususkan kepada pelajar yang berada dalam golongan B40 dan meringankan beban kewangan pelajar serta mereka yang berada di kawasan liputan internet yang kurang memuaskan.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, bantuan Pakej Pelan Data dan Peranti ini diberikan untuk kemudahan para pelajar yang sedang menyambung pengajian yang perlu diadakan secara online di rumah akibat pandemik Covid-19 yang memasuki gelombang ketiga.

2 JENIS BANTUAN PELAN UNTUK PELAJAR B40

Terdapat 2 jenis bantuan pelan untuk pelajar B40 iaitu :

1 PELAN DATA B40

Bantuan ini diberikan untuk mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pelajar untuk melanggan pelan data internet.

Bantuan ini melibatkan :

  • Seramai 320,396 orang pelajar yang berada dalam kategori B40.
  • Sebanyak 225,784 kad sim akan diagihkan kepada pelajar menerusi kerjasama syarikat telekomunikasi khususnya Yayasan YTL dan Lembaga Tabung Haji.
  • Baki seramai 94,612 orang pelajar akan menerima pemberian tunai untuk pembelian pelan data.

Nota : Pakej Pelan Data Istimewa akan ditawarkan kepada pelajar yang lain.

Bantuan Pelan Data B40 Untuk Pelajar IPT & Cara Permohonan

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Antara syarikat telekomunikasi yang menawarkan Pakej Pelan Data Istimewa yang terlibat ialah :

  • Digi
  • Telekom Malaysia
  • Celcom
  • Maxis

2 Bantuan Peranti B40

Jika Pelan Data B40 menumpukan pada data capaian internet untuk kegunaan para pelajar, Bantuan peranti pula merangkumi pemberian komputer riba yang akan diberikan kepada pelajar B40.

Bantuan Peranti ini merangkumi :

  • Pemberian sebanyak 8,965 unit peranti komputer riba kepada para pelajar yang layak.
  • 2,700 pelajar akan menerima bantuan dalam bentuk pemberian tunai bagi pembelian komputer riba.
  • 300 orang pelajar akan menikmati bantuan pinjaman kewangan bagi memiliki komputer riba pada harga istimewa.

Bantuan Pelan Data B40 Untuk Pelajar IPT & Cara Permohonan

Produk untuk pakej peranti ini adalah daripada :

  • Acer
  • Samsung

BANTUAN-BANTUAN LAIN

Pihak KPT juga menyediakan bantuan tambahan yang lain iaitu Bantuan Tunai dengan bayaran sebanyak :

  • RM50

Bantuan ini akan diberikan kepada semua pelajar baharu sesi 2020/2021 dan diharapkan ianya meringankan sedikit beban kepada pelajar khususnya kepada pelajar baharu yang mendaftar sebagai pelajar IPT pada sesi ini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk info selanjutnya mengenai Bantuan Pelan B40 ini, sila layari laman web Kementerian Pengajian Tinggi di :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.