Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Program Transformasi Belia Ternak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

2,300

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor mempelawa belia Negeri Johor yang berminat dalam bidang penternakan untuk mendapatkan Bantuan Program Transformasi Belia Ternak yang dibuka permohonannya.

Selain daripada itu, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) juga mempelawa belia dari golongan asnaf untuk memohon Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 dan ianya adalah percuma beserta elaun RM150 setiap bulan sepanjang kursus dijalankan.

Rujuk: Cara Mohon Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 MAIDAM Percuma & Elaun RM150 Sebulan

INFO RINGKAS BANTUAN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA TERNAK JOHOR

Melalui Bantuan Program Transformasi Belia Ternak Johor ini, belia yang terlibat akan diberikan:

  • Diberi bimbingan
  • Khidmat nasihat

Selain dari itu, bantuan program ini juga diwujudkan sebagai satu inisiatif dalam usaha menarik golongan belia mencenuri bidang usahawan terutama dalam sektor ternakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan mulai sekarang sehingga tarikh tutup pada:

  • 11 April 2021 (Daerah Segamat)
  • 13 Mei 2021 (Daerah Muar)

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA TERNAK JOHOR

Berikut adalah syarat permohonan untuk Bantuan Program Transformasi Belia Ternak Johor yang telah ditetapkan:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Mestilah berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  • Boleh membaca, mengira dan menulis.
  • Mempunyai pendaftaran ID premis.
  • Mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  • Keutamaan kepada belia yang telah menjalankan projek atau projek yang telah diusahakan oleh keluarga (Ibu/Bapa).
  • Permohonan daripada kakitangan awam atau pelajar IPTA/IPTS perlu mendapatkan pengesahan dariapda Ketua Jabatan masing-masing terlebih dahulu sebelum menghantar borang permohonan.
  • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi dan berdaya maju untuk perluas kapasiti.
Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas. Walau bagaimanapun pemohon boleh membuat permohonan baru pada tahun berikutnya.
Pemohon yang berjaya akan mendapat sokongan teknikal daripada agensi/pembimbing dan agensi pembiaya.

CARA MOHON BANTUAN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA TERNAK JOHOR

Untuk memohon Bantuan Program Transformasi Belia Ternak Johor, anda hanya perlu mengisi borang permohonan seperti dibawah:

Cara Mohon Bantuan Program Transformasi Belia Ternak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

DOWNLOAD BORANG

MEMO BANTUAN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA TERNAK JOHOR

Cara Mohon Bantuan Program Transformasi Belia Ternak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
    Kompleks Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor,
    Aras 2, Jalan Padi Bahagia,
    Bandar Baru Uda,
    81200 Johor Bahru, Johor
  • ☎️ +607-244 5844
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...