Cara Mohon Bantuan RM200 Sebulan Selama 6 Bulan Untuk Mangsa Banjir Pahang Hilang Rumah

Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan pelbagai bentuk kemusnahan dan ianya amat berat untuk dotanggung oleh mangsa banjir.

Ada yang kehilangan nyawa dan ada yang hilang tempat tinggal serta kenderaan untuk mencari nafkah selama ini.

Bagi mangasa banjir di negeri Pahang, mereka bakal menerima RM200 setiap bulan selama 6 bulan berturut akibat kehilangan rumah.

INFO BANTUAN RM200 MANGSA BANJIR HILANG RUMAH PAHANG

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada ketua isi rumah untuk digunakan bagi memulakan hidup selepas bencana itu.

“Kerajaan negeri sedang mengumpulkan data mengenai mereka yang kehilangan kediaman dalam banjir ini. Kita akan mendapatkan data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah.

Apabila permohonan mereka diproses, mereka yang layak akan menerima RM200 sebulan untuk enam bulan. Ini adalah usaha kerajaan negeri membantu mereka.”

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Dalam pada masa yang sama, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan bantuan RM1,500 kepada mangsa banjir termasuk RM500 tambahan daripada kerajaan negeri.

CARA MOHON BANTUAN RM200 MANGSA BANJIR HILANG RUMAH PAHANG

Mangsa banjir di negeri Pahang boleh mendapatkan borang disini:

 

  • Seterusnya lengkapkan permohonan dan hantar terus ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
  • Borang pendaftaran juga boleh dimuat turun di https://bit.ly/3mvnVbw manakala senarai JPKK di pautan https://bit.ly/3pne1Lc.
  • Selain itu, Dokumen boleh dimuat turun melalui menu Pengumuman di Portal Rasmi Negeri Pahang dan Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

PROSEDUR PENYALURAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI & PERSEKUTUAN

Semak prosedur penyaluran bantuan Kerajaan Negeri dan Persekutuan disini.

Cara Mohon Bantuan RM200 Sebulan Selama 6 Bulan Untuk Mangsa Banjir Pahang Hilang Rumah

Anda juga boleh memohon bantuan-bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi yang lain seperti berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan bantuan banjir bagi mangsa-mangsa terjejas di negeri Pahang, sila ajukan terus ke JPKK seperti berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.