Bantuan One-Off RM500 Buat Orang Johor Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0

Rakyat negeri Johor bakal menerima pelbagai bantuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor pada 10 Jun 2021.

Ia merupakan satu bantuan yang akan disalurkan kepada semua lapisan masyarakat yang terjejas akibat PKP 3.0 yang belum dapat dilihat apakah kesudahannya.

Malahan, bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yag terjejas dan tidak mempunyai sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.

FOKUS UTAMA PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI IHSAN JOHOR 3.0

Terdapat 2 fokus utama Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 ini iaitu:

  • Pemerkasaan Pengurusan Pandemik
  • Pengukuhan Bantuan Keselamatan Sosial

INFO RINGKAS PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI IHSAN JOHOR 3.0

Kerajaan Johor akan membeli Covid Test RTK Antigen dan dijangka melibatkan lebih 200 ribu rakyat Johor yang akan dilakukan secara ‘Mass Testing’ Covid-19 ini adalah satu langkah terbaik bagi mengesan serta mengelak penularan Covid-19.

Pelbagai bantuan One-Off diberikan kepada golongan-golongan terjejas antaranya:

  • Pengusaha kantin
  • Pemegang lesen gunting rambut
  • Pemandu van dan sekolah berdaftar
  • Golongan yang kehilangan pekerjaan

Elaun khas untuk ‘Southern Volunteers’ bagi membantu proses pendaftaran vaksin ini merupakan satu penghargaaan kepada sukarelawan yang bertugas demi mencapai sasaran ‘Herd Imunity’ di negeri Johor.

Secara keseluruhannya, pengumuman PRE Ihsan Johor 3.0 ini merupakan satu pakej bantuan yang menyentuh setiap golongan di negeri Johor yang terjejas dalam peperangan menentang wabak Covid 19 ini.

Baca juga: Pakej Kita Selangor 2.0. Ini Senarai Penuh Bantuan Bakal Dinikmati Semua Golongan Masyarakat Di Selangor

INFOGRAFIK BANTUAN IHSAN JOHOR 3.0

Rujuk infografik yang dikongsikan ini untuk ketahui bentuk bantuan yang disalurkan kepada semua lapisan mansyarakat di negeri Johor:

Bantuan One-Off RM500 Buat Orang Johor Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0

SYARAT PENERIMA IHSAN JOHOR 3.0

Syarat untuk penerima Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 adalah seperti berikut:

Baca juga: MySPR Daftar : Jom Daftar Undi Secara Online

Untuk memastikan memastikan pelaksanaan inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 menepati sasaran yang ditetapkan, Kerajaan Negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan tujuan menyelaras, memantau serta melaporkan status pelaksanaan bantuan yang disalurkan.

Sebuah jawatankuasa penasihat turut akan ditubuhkan bagi memperkukuhkan pengurusan dan tindakan Kerajaan Negeri dalam pengurusan pandemik menggunakan sains, data dan teknologi.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.